Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM355 / 11.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum Tuan/Puan, semoga anda dan keluarga selalu dalam keadaan sihat dan sejahtera. Menghitung hari demi hari, tidak terasa kurang lebih 2 bulan lagi, bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh kemuliaan itu akan tiba. Semoga Allah SWT cukupkan umur kita sehingga kita dapat beribadah maksimal dan meraih rahmatNya.
Asar Humanity menjemput Tuan/Puan untuk mencapai keutamaan sedekah. Salah satunya melalui sedekah iftar lebih awal untuk mempersiapkan bulan Ramadan. InshaAllah sedekah yang anda sumbangkan akan kami berikan kepada jemaah Masjid Al Aqsa, Palestin dalam bentuk pek makanan iftar. Sayangnya setakat ini, umat Muslim Palestin tak dapat selesa beribadah di sana. Selama lebih dari 16 tahun saudara kita di Palestin berjuang mempertahankan tanah kelahiran mereka juga sekaligus kiblat pertama umat Muslim. Mereka berjuang dari penjajahan Zionis yang tidak menghormati dan merusak Masjid Al Aqsa.
Setiap bulan Ramadan dimana semua umat Muslim ingin beribadah banyak-banyak dengan senang, warga di sekitar Masjid Al Aqsa mesti berjuang. Ketika mereka solat, Zionis melempari mereka dengan bom dan memukul jemaah yang ingin beribadah. InshaAllah sedekah iftar ini menjadi salah satu pahala untuk menjemput keredhaan dan keberkahan Allah SWT. Bayangkan iftar yang anda berikan menjadi tenaga dan semangat jemaah Al Aqsa dalam beribadah di bulan Ramadan dan juga bertahan untuk menjaga Al Aqsa. Semoga Allah lipatkan ganjaran pahala kepada yang berpuasa dan kepada anda yang bersedekah.
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(Al Israa:1)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan, semoga selalu dalam keadaan sejahtera dan sihat.
Alhamdulillah pengagihkan pek iftar fasa 1 di Masjid Al Aqsa telah dilakukan oleh pasukan Asar Humanity di Al Quds. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan. MashaAllah senang rasanya melihat senyum bahagia dan tawa riang mereka yang selalunya tertindas, kini dapat menikmati makanan berbuka puasa. Kirim doa semoga Allah SWT selalu jaga Masjid Al Aqsa dan saudara-saudara kita di sana.
Walaupun setiap waktu pasukan Asar harus berhadapan dengan tentara Zionis, tetapi Asar Humanity akan selalu berikhtiar untuk menyampaikan amanah Tuan dan Puan kepada warga Palestin terutama jemaah di Masjid Al Aqsa.
Di bulan Ramadan yang suci ini, tanpa belas kasihan pasukan Zionis melakukan diskriminasi dan melarang warga Palestin untuk beribadah di Masjid Al Aqsa. Pekan lalu penyerangan dilakukan pada saat jemaah akan melakukan solat Tarawih. Sedikitnya 400 orang ditahan, dan Masjid Al Qibli di rusak. Namun jemaah dan warga Palestin tidak takut, mereka tetap datang ke masjid, beribadah dan menjaga Masjid Al Aqsa yang suci.
Mari bersama kita rapatkan barisan membela saudara-saudara kita di Palestin. Terima kasih Tuan dan Puan, sudah menjadi bagian dari semangat perjuangan warga Palestin. Semoga Allah SWT limpahi kurnia dan keberkahan yang berlipat ganda kepada Anda. Jazakumullah khairan.
Ikuti program kemanusiaan Asar Humanity >> Klik!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2023
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2023
MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2023