Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM140 / 4.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
8 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kurang dari 2 bulan lagi kita akan merayakan Aidil Adha, di mana pada waktu itu ada satu ibadah mulia yang Allah perintahkan pada umat Islam. Ibadah mulia itu adalah berkorban (udhiyah).
"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat. Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya." (Surah Al-Hajj 22:34-35)
"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)."(Surah Al-Kauthar 108:2)
Sudah siapkah kita untuk berkorban yang merupakan sarana kita mendekat dan tunduk taat kepada Allah SWT?
Asar Humanity menjemput anda untuk bersedekah daging korban untuk diagihkan kepada anak yatim dan dhuafa yang berkekurangan. Mulai dari RM10 sahaja anda sudah dapat memberikan kebahagiaan kepada mereka yang kurang mampu untuk membeli daging. Daging adalah suatu hal yang mewah untuk mereka yang miskin dan dhuafa.
Pada momen Aidul Adha nanti inshaAllah kebahagiaan akan menjadi milik mereka juga. Semua kutipan sumbangan dari anda akan kami kumpulkan hingga cukup menjadi haiwan korban. Setelah disembelih daging akan dihantarkan kepada anak yatim dan dhuafa. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada Anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah Sabtu 1 Juli 2023 sedekah daging Qurban dari anda sudah dihantarkan kepada pelajar tahfiz yatim di pinggiran kota Depok, Jalan Makam 1, Maahad Bening Hati dan juga asnaf sekitaran kawasan Sawangan.
Kutipan kempen digabungkan bersama dengan sedekah dari penyumbang lainnya sehingga cukup dibelikan 1 ekor lembu. Barakallahu fiikum.
Pengasas maahad sangat senang menyambut bantuan dari anda. Pada momen Aidil Adha semua dapat memasak daging. Suatu hal yang jarang sekali didapatkan. Semoga Allah SWT memberikan anda ganjaran pahala berlipat ganda dan keberkahan. Jazakumullah khairan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
May 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 09, 2023