ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 17, 2023

SEDEKAH DAGING KORBAN UNTUK BERSAMA RAYAKAN AIDILADHA DI GAZA

RM145 / 4.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,550

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom persiapkan sedekah daging korban terbaik lebih awal untuk warga pelarian penyerangan Zionis dan keluarga miskin di Gaza!


Setelah merayakan Aidilfitri pada bulan April lalu, inshaAllah kurang lebih satu bulan lagi kita akan merayakan Aidiladha, di mana pada hari raya tersebut dan juga 3 hari tasyrik, Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk melakukan satu ibadah yang mulia iaitu berkorban (udhiyah). Perintah ini tercantum dalam Al-Quran surah Al-Hajj ayat 34-35:


"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadah menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat."



"Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya."



Bagi beberapa orang yang belum sepenuhnya berkorban satu haiwan, Asar Humanity menjemput anda untuk bersedekah daging korban mulai dari RM10. Hal ini untuk melatih diri yang belum mampu secara keseluruhan untuk belajar melaksanakan ibadah anjuran ini. Hal ini agar kita berikhtiar untuk mampu mengeluarkan harta kita membuat korban sebagai bukti kita taat dan taqwa kepada Allah. InshaAllah semoga Allah mampukan kita.



Pada hari raya Aidiladha nanti, inshaAllah kita akan bersama merayakan dengan saudara-saudara kita di Gaza. Minggu lalu, selama 5 hari berterusan Zionis menyerang Gaza hingga 33 orang maut. Ratusan terluka dan kurang lebih 991 rumah hancur teruk. Penjajahan Zionis ini belum berakhir terhitung sudah 75 tahun lamanya, ditandai setiap tanggal 15 Mei yang disebut dengan hari Nakba atau malapetaka.



Hari raya nanti mari kita hadirkan kebahagiaan untuk saudara kita di sana. Kita hantarkan daging korban untuk mereka yang kekurangan. Semoga pada hari raya nanti, semua saudara kita dapat membuat makanan yang lazat dari daging korban yang kita sedekahkan. Ramadan lepas, sumbangan anda juga sudah dihantarkan kepada saudara-saudara di Gaza. Mari lanjutkan kebaikan ini di Hari Raya Aidiladha!




Untuk anda yang berkemampuan, anda dapat membelikan 1 haiwan biri-biri Palestin seharga RM1,775, atau 1 haiwan lembu seharga RM10,806. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 19, 2023

MOHD FERDAUS BIN YAHYA

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat