Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,021 / 100.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
177 Penyumbang
Kempen Berjaya
Dua kempen yang kami lancarkan belum memenuhi kos membina tandas dan telaga untuk Maahad Ainul Yaqin. Kami masih membutuhkan sokongan anda semua. Maahad ini dibina pada tahun 1989 di Masjid Ainul Yaqin Padang Kudo Batagak, Jorong Sawah Liek, Nagari Batagak, Kecamatan Sungai Pua, kabupaten Agam, Sumatera Barat. Ada 50 pelajar duduk dan mendiami maahad ini, usia mereka sudah baligh. Keadaan bilik air asrama yang tiada pintu menyebabkan ada yang segan untuk menggunakannya. Jika hendak mandi, mereka menutup pintu dengan kain panjang dan mereka mandi bersama-sama. Keterbatasan ini menyebabkan pelajar terpaksa beratur dan bersabar jika ingin ke tandas.
Kami ingin menjemput anda untuk sama-sama membina telaga wuduk untuk pelajar maahad tahfiz. Kami masih memerlukan dana sebesar RM19,000, untuk menyara 1 kawasan wuduk dan tandas. Insha-Allah sumbangan anda akan mewujudkan sumber air bersih iaitu pembinaan tandas dan kawasan wuduk pelajar tahfiz di maahad ini. Kita juga mahu menjaga kehormatan dan aurat mereka.
"Perumpamaan (derma) orang yang membelanjakan harta benda mereka pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang Dia mahu dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah: Ayat 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan, mohon doanya semoga pembinaan tandas dan telaga wuduk Maahad Ainul Yaqin yang telah anda amanahkan segera wujud. Terima kasih banyak atas sumbangan dan kedermawanan anda. Semoga Allah SWT limpahkan rezeki dan keberkahan yang berlipat ganda kepada anda serta keluarga. Aamiin. Jazakumullah khairan.
Perkembangan Pembinaan Tandas dan Telaga Wuduk Maahad Ainul Yaqin
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga khabar ini menjumpai anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah proses pembinaan baik pulih tandas dan telaga wuduk segera dimulakan.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan inshaAllah sedekah anda akan menjadi pahala jariyah bagi anda dan keluarga hingga alam akhirat kelak.
Pengasas maahad mengucapkan banyak terima kasih atas sumbangan yang anda berikan untuk mewujudkan area tandas bagi pelajar Ainul Yaqin. Pelajar di sini juga sangat senang karena akan memiliki tandas yang patut, mereka tak lagi risau menjaga kehormatan dan aurat mereka. Semoga Allah SWT membalas amalan anda dengan pahala dan keberkahan yang berterusan. Jazakumullah khairan.
Ikuti terus perkembangan khabar pembinaan melalui laman kempen ini!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 06, 2023