Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,701 / 90.03 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
156 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Belajar di maahad adalah impian sebahagian pelajar maupun ibu bapa pelajar. Dengan belajar di maahad, pelajar bukan sahaja mendapat pengetahuan am tetapi juga ilmu agama. Tambahan pula, kehidupan dunia dan akhirat akan seimbang.
Berdasarkan data dari dataindonesia.id bahawa seramai 1.64 juta pelajar di Indonesia menuntut pendidikan di maahad. Hal ini bermakna bahawa seramai 1.64 juta pelajar menghabiskan masa setiap hari di maahad termasuk aktiviti memenuhi keperluan makanan dari maahad tempat mereka tinggal.
Dengan keperluan makanan yang tinggi, tidak semua maahad dapat memenuhi keperluan makanan pelajar kerana keadaan kewangan yang tidak mencukupi. Salah satunya ialah Maahad Mualaf di Mentawai, Sumatera Barat di mana pelajar di maahad ini jarang makan nasi kerana harga beras yang mahal sehingga untuk makan sahaja mereka biasanya makan pisang rebus untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam.
Jika diberi peluang dapat merasai keenakan nasi adalah kemewahan yang tidak bisa mereka rasai setiap hari. Selain itu, pelajar-pelajar di maahad ini berasal dari latar belakang keluarga dhuafa sehingga untuk keperluan harian mereka bergantung kepada maahad atau mencari wang tambahan untuk keperluan makanan harian mereka.
Sebaliknya, pelajar di Maahad Mualaf Mentawai bukan satu-satunya pelajar maahad yang mengalami kesukaran dari segi makanan, malah ramai lagi pelajar yang mengalami nasib yang sama dan memerlukan bantuan kita supaya dapat merasai keenakan nasi. Teringat hadis Nabi Muhammad SAW berikut:
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, "Apakah amalan yang paling utama dalam Islam?" Rasulullah SAW menjawab, "Kamu memberi makan kepada orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Oleh sebab itu, dengan harta yang Allah SWT titipkan kepada kita, marilah kita sedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang yang berhak menerimanya. Salah satunya kepada pelajar tahfiz yatim yang memerlukan di Indonesia. InshaAllah melalui sedekah terbaik yang anda berikan akan disalurkan kepada pelajar-pelajar tahfiz yatim di Indonesia dalam bentuk beras dan pakej makanan lainnya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Mendekati pekan terakhir di bulan Muharram, jangan sampai terlepas melakukan amalan shalih di hari-hari terakhir bulan haram di awal tahun baru Hijrah ini, karena untuk bulan haram selanjutnya harus menunggu 4 bulan hadapan iaitu pada bulan Rejab.
Sedekah dan infaq Muharram melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, semoga khabar ini menjumpai Tuan dan Puan dalam keadaan yang baik dan sejahtera.
Pasukan Asar Humanity tiba di Kampung Siberut Selatan. Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat. Di sinilah tempat Maahad Pelajar Tahfiz Mualaf Mentawai. Maahad ini menampung anak-anak Mualaf yang berasal dari keluarga yang kurang Mampu. Mereka duduk di maahad karena sekolah dari rumah mereka sangat lah jauh. Ada sedikitnya 30 anak menetap di maahad ini.
Anak-anak juga bekerja di kebun warga sekitar, ada yang bekerja memotong rumput dan mengumpulkan kayu atau bambu jika warga memerlukan bantuan. Jika stok pangan mereka habis dan tidak ada pekerjaan, mereka hanya makan pisang rebus untuk mengganjal perut.
Alhamdulillah kami menjumpai mereka untuk menghantarkan amanah sumbangan Tuan dan Puan. Kami mengagihkan beras, telur, minyak dan makanan pendamping lainnya untuk persediaan makanan pelajar mualaf ini. Barakallahu fiikum jami’an. Mereka sangat senang menyambut bantuan dari anda, sekarang mereka tak lagi risau akan kelaparan.
Semoga sumbangan yang telah anda berikan Allah SWT ganjarkan keberkahan bagi anda serta keluarga, inshaAllah derma anda akan menjadi pahala jariyah dan penolong di hari akhir kelak. Aamiin yaAllah. Jazakumullah khairan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 14, 2022
LILY
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 14, 2022