Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM420 / 14.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
16 Penyumbang
Kempen Berakhir!
"Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang memberi makan." (Riwayat Thabrani)
Menjadi hamba yang terbaik di sisi Allah SWT adalah idaman setiap orang dan menjadi hamba yang terbaik tentunya tidak terjadi begitu saja kerana ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan dan diusahakan, antaranya:
1. Peduli dengan orang lain
2. Tidak mempersekutukan Allah SWT
3. Menjauhi kejahatan dalam perkataan dan perbuatan
4. Semangat solat malam
5. Semangat bersedekah
Salah satu perkara ini boleh diusahakan melalui sedekah di kempen ini yang kemudiannya akan diagihkan kepada pelajar tahfiz dhuafa dalam bentuk pakej beras dan pakej makanan yang lain. Keperluan makanan merupakan keperluan asas yang perlu dipenuhi untuk menyokong kesihatan dan tenaga tubuh agar dapat menjalankan aktiviti dengan baik khususnya kepada pelajar tahfiz yang sedang mengaji dan menghafaz Al-Qur'an. Salah satunya seperti pelajar di Mahad Rabiatul Adawiyah, Cileungsi, Jawa Barat, Indonesia.
Di mana terdapat seramai 120 orang pelajar di maahad ini yang datang dari pelbagai latar belakang berbeza untuk belajar atau menghafaz Al-Quran beserta jadual pembelajaran dari hari isnin hingga jumaat. Khusus untuk hari sabtu dan ahad digunakan untuk tasmi' hafazan Al-Quran bagi pelajar yang telah menghafaz 1 juz Al-Quran dalam tempoh 1 minggu.
Untuk terus menyokong pembelajaran pelajar tahfiz, marilah kita bersama-sama menghantar hadiah berupa pakej beras dan pakej makanan kepada mereka. Hal ini supaya mereka dapat fokus belajar dan menghafaz Al-Quran tanpa perlu memikirkan soal makanan. InshaAllah sedekah yang terkumpul di laman kempen ini akan diagihkan kepada pelajar tahfiz di Maahad Rabiatul Adawiyah dan maahad lain di Indonesia yang memerlukannya.
Semoga Allah SWT membalas kebaikan anda dengan sebaik-baik balasan dan semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada anda sekeluarga. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 17, 2023
MOHD KAMAL NUAIM BIN MAT YUSOF
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 17, 2023