Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM670 / 22.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
41 Penyumbang
Kempen Berakhir!
InshaAllah sebentar lagi kita akan memasuki bulan Rabiul Awal, bulan Rasulullah dilahirkan. Memaknai Maulid Rasulullah SAW termasuk amalan salih yang mana hal itu adalah bentuk rasa cinta dan rasa syukur atas berkat Allah SAW mengutus Nabi SAW sebagai rahmat umat manusia serta seluruh alam semesta. Rasa cinta ini termasuk dari pada dasar keimanan. Hal ini tercantum dalam ayat suci Al-Quran surah At-Taubah ayat 128:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (At-Taubah 9:128)
Sebagai orang yang beriman, sudah tentu kita ingin menjadi hamba yang dapat berkumpul di syurga kelak bersama Rasulullah. Ada satu cara yang insyaAllah boleh kita lakukan. Sebagaimana Sahl bin Sa'ad meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW bersabda:
"Aku dan penanggung anak yatim berada di dalam syurga seperti dua ini." Dan baginda menunjukkan dengan jari-jarinya, iaitu telunjuk dan jari tengahnya. (Jami` at-Tirmidzi 1918)
MashaAllah, cuba bayangkan betapa dekat kita dengan Rasulullah di syurga jika kita menyayangi anak yatim. Dalam momentum Maulidur Rasul ini, mari kita dekatkan diri kepada Nabi Muhammad SAW dengan mencurahkan kasih sayang kepada orang yang dicintai Nabi iaitu anak yatim. InshaAllah mulai dengan RM10 sumbangan dari anda akan diagihkan dalam bungkusan beras dan makanan asas kepada anak yatim.
Semoga Allah SWT melindungi anda dan keluarga. InshaAllah pahala dan rejeki akan berkali lipat berlimpah buat anda semua. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 15, 2023
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 15, 2023
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 15, 2023