ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 26, 2023

SEDEKAH BERTERUSAN UNTUK AIR MINUM PELAJAR MAAHAD YATIM TAHFIZ DHUAFA

RM1,225 / 40.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

68 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Raih keberkahan di bulan haram Muharram dengan kebaikan berterusan daripada bersedekah untuk air minum pelajar tahfiz yatim dhuafa yang sangat memerlukan!


Kita sudah tiba di minggu pertama bulan Muharram. Tidak bosan kami mengingatkan anda keutamaan bulan haram. Dalam Al-Quran surah At-Taubah 9:36 Allah SWT perintahkan untuk memuliakannya dengan melakukan amalan kebaikan dan menjauhi perbuatan maksiat.



Jangan terlepas dari keberkahan bulan Muharram dengan hanya perbuatan yang biasa. Raih amalan shalih terbaik dengan sedekah. Salah satunya dengan mengagihkan beras dan air minum berterusan bagi pelajar maahad tahfiz yatim dhuafa. Pada bulan Muharram ini juga, sering kali disebutkan sebagai bulan untuk berbagi kebahagiaan bersama dengan anak-anak yang dicintai Rasulullah SAW.



Dari Sahl bin Sa'ad dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Aku dan orang yang menanggung anak yatim yaitu kedudukannya di surga seperti ini, 'kemudian beliau mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau, serta agak meregangkan keduanya." (HR Imam Bukhari)


InshaAllah dengan mulai RM10, beras dan air minum akan dihantarkan untuk persediaan makanan asas kepada maahad anak yatim dhuafa. Asar Humanity menjumpai beberapa maahad dhuafa yang sangat memerlukan bantuan air minum. Mereka berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.





Alhamdulillah sumbangan anda dari kempen-kempen yang lepas, sudah kami agihkan kepada maahad-maahad tahfiz yatim dhuafa dalam bentuk bantuan air minum dan beras. Namun, kami mahu kebahagiaan juga dirasakan oleh anak-anak penghafal Quran kesayangan Nabi secara luas. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat