ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 30, 2022

SEDEKAH BEG SEKOLAH UNTUK PELAJAR TAHFIZ DHUAFA

RM450 / 15.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

25 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom beri kebahagiaan kepada pelajar tahfiz dhuafa dengan mengiringi perjuangan mereka menghafaz Al-Quran melalui sedekah beg. Semoga bercucuran ganjaran pahala buat anda semua.


Pergi ke sekolah menggunakan beg yang cantik adalah impian kebanyakan anak-anak. Dengan dunia permainan yang masih melekat pada anak-anak, ia tidak membuatkan anak-anak di Maahad Tarbiatul Adawiyah meninggalkan kelas tahfiz mereka. Di mana aktiviti pembelajaran di maahad dijalankan dari hari isnin hingga jumaat dan dari pagi hingga petang.



Bermula tahun 2017 pelajar di maahad ini berjumlah sekitar 11 pelajar dan tidak menetap di maahad. Kini Maahad Tarbiyatul Adawiyah sudah mempunyai sekitar 120 pelajar yang terdiri daripada peringkat tadika, sekolah dasar dan Sekolah Menengah Pertama (SMP). Berbekalkan keinginan yang kuat, semangat serta kesabaran dan kesedaran pelajar untuk belajar dan menghafaz Al-Quran. Pelajar di maahad ini terus berusaha untuk menghafaz firman Allah SWT di tengah kesibukan mereka menghadiri kelas formal demi mengamalkan hadis Rasulullah SAW:


“Orang yang tidak hafaz Al-Quran sedikit pun adalah seperti rumah kumuh yang hampir roboh.”

(HR At-Tirmizi).



Membuat keputusan meninggalkan masa bermain dengan rakan sebaya pada zaman anak-anak demi menghafaz Al-Quran bukanlah satu pilihan yang mudah, memerlukan keazaman yang kuat untuk mengamalkannya. Tanpa sokongan orang sekeliling, mereka bisa membuatkan anak-anak tahfiz ini berasa keseorangan, tiada siapa yang menemani mereka dalam perjuangan mereka.



Oleh itu, mari bersama menemani perjuangan mereka melalui sedekah beg untuk pelajar tahfiz dhuafa di sekolah Rabiatul Adawiyah dan sekolah lain di Indonesia yang memerlukan. Semoga dengan niat anda yang ikhlas untuk mendampingi pelajar-pelajar tahfiz ini dapat menjadikan mereka menjadi hafiz yang soleh dan solehah. Semoga setiap kalimah Allah SWT yang mereka ucapkan ada sisi pahala yang baik untuk anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 01, 2022

Kempen Sumbangan Tamat