Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM475 / 15.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
29 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ramadan telah tiba, menghadirkan sinar keberkahan yang memancar. Namun, di Gaza, hati kita masih terpanggil oleh derita yang terus berkecamuk. Di antara doa-doa yang dipanjatkan, suara-suara kepedihan masih menggema, terutama dari mereka yang paling rentan: anak-anak dan orang tua. Mereka adalah korban kekejaman yang tak berkesudahan, di tengah-tengah bulan penuh berkah ini.
Dari masa ke masa, Gaza tidak pernah berhenti dijajah, di mana kehidupan dihantui oleh kekurangan dan penyiksaan. Mereka yang paling tidak berdosa terpaksa menanggung beban yang tidak adil. Bayangan kelaparan dan kekurangan gizi menimpa banyak keluarga, sementara maut merenggut yang muda dan tua.
Pada Ramadan yang lalu, kita bersaksikan kisah tragis saudara kita di Al Quds yang terhalang dari Masjid Al Aqsa. Sekarang, di Gaza, cerita-cerita yang sama mengerikan kembali terulang. Namun, di balik kegelapan ini, ada cahaya harapan yang terus bersinar.
Sumbangan Anda telah memberikan kelegaan yang berarti bagi mereka yang memerlukan di kem pelarian Deir Al Balah. Namun, perjuangan mereka masih belum usai. Kita tidak boleh mengizinkan bulan Ramadan berlalu tanpa memberikan bantuan yang diperlukan kepada saudara-saudara kita.
Asar Humanity menjemput anda berderma dengan yang kita mampu, memberikan makanan yang bergizi dan memberi harapan kepada yang ditindas. Mari kita jadikan Ramadan ini sebagai momen refleksi, ketika kita memperkuat ikatan kemanusiaan kita dan menyampaikan cinta kasih kepada saudara di Palestin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah ala kulli haal. Syukur ke hadrat Allah SWT melalui sokongan anda dan masyarakat lainnya, tim Asar Humanity di Palestin berjaya mengagihkan pakej makanan yang dihantar kepada saudara-saudara kita di Gaza yang bermukim sementara di kem pelarian kawasan perbatasan Rafah, Selatan Gaza. Barakallahu fiikum!
Mereka sangat menyambut baik bantuan dari anda. Sekatan dan penjajahan Zionis membuat mereka bermukim di kem dengan seadanya. Di bulan Ramadan ini seringnya mereka berpuasa tanpa berbuka karena tak ada makanan yang boleh dimakan. Alhamdulillah setakat ini adanya bantuan pakej makanan ini boleh jadi bekalan beberapa hari hadapan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda bagi anda dan keluarga. Aamiin yaa Mujibassailiin.
Jom teruskan doa dan sokongan terbaik bagi saudara-saudara kita di Gaza!
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 13, 2024
MUHAMAD ABDULLAH SANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 13, 2024
MEOR ROSAZMAN BIN MD IDRIS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 13, 2024