ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 03, 2024

SEDEKAH AL QURAN UNTUK PELAJAR MAAHAD TAHFIZ YANG PALING MEMERLUKAN

RM365 / 12.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mengakhiri tahun 1445 Hijriah, marilah bersedekah Al Quran bagi pelajar maahad sekaligus menjemput awalan tahun baru dengan lipat gandakan amalan jariyah!


Bagi mengakhiri tahun 1445 Hijriah dan menyambut tahun baru dengan amal soleh, Asar Humanity menjemput anda untuk menyertai program sedekah Al-Quran. Manfaatkan masa yang berbaki dengan beramal dan memberi sokongan kepada pelajar Maahad Tahfiz yang memerlukan Al-Quran baharu. Dengan menderma Al-Quran, anda boleh membantu pelajar yang tekun belajar agama ini.



Al-Quran adalah panduan hidup yang membimbing kita ke jalan yang benar. Setiap ayat Al-Quran yang dibaca membawa pahala yang besar dan menjadi bekal hidup di dunia dan akhirat. Menyertai gerakan ini bermakna menyumbang untuk menyebarkan kebaikan abadi.



Pelajar maahad tahfiz berazam untuk menghafaz dan memahami Al-Quran. Namun, ramai di antara mereka mengalami kesukaran mendapatkan Al-Quran yang betul. Rasulullah SAW telah mengajarkan betapa besar pahala membaca setiap huruf Al-Quran. Bayangkan, setiap Al-Quran yang dibaca dan dihafaz oleh pelajar tahfiz akan menjadi aliran pahala yang akan terus mengalir dan membawa rahmat kepada kita.



“Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dilipat gandakan sepuluh kali lipat.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)



Inilah masa yang sesuai untuk memperbanyakkan ibadah dan berbuat baik kepada orang lain. Dengan pemberian Al-Quran kepada pelajar maahad tahfiz, anda bukan sahaja membantu mereka dalam menuntut ilmu, malah melabur pahala yang akan terus mengalir.



Sama-sama kita sambut bulan Zulhijjah dengan semangat kebaikan. Dengan sumbangan RM35, anda boleh menjadi penyokong kepada pelajar maahad tahfiz yang memerlukan. Sertai gerakan amal Al-Quran ini dan rasai keberkatannya di dunia dan akhirat. Semoga Allah menerima setiap langkah kita ke arah kebaikan. Semoga setiap bacaan Al-Quran dari sumbangan ini menjadi sumber keberkatan untuk kita semua.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2024

AZIZAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2024

Kempen Sumbangan Tamat