Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM640 / 21.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
29 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Semenanjung Gaza merupakan salah satu kota di Palestin dengan gambaran perjuangan dan krisisnya ekonomi yang teruk akibat dari penjajahan panjang. Kehancuran infrastruktur kritikal tidak sebanding dengan pembangunan yang lemah. Penjajahan selama lebih dari 16 tahun, memburukkan kondisi keluarga Gaza. Ramai dari mereka mengalami luka mental dan fizikal.
Um Mohammed adalah salah satu cerita penderitaan rakyat di Gaza. Ia hidup bersama dengan 5 orang anaknya. Selepas kematian suaminya, mencari nafkah keluarga adalah tugasnya. Sisi yang menyakitkan adalah apabila anda tahu bahawa tiada sumber pendapatan untuk membesarkan anak-anak atau juga menjalani kehidupan yang layak akibat dari penjajahan panjang Zionis. Dua anak lelaki sulungnya telah menamatkan pengajian, dan yang bongsu pandai kerana dia adalah seorang Hafiz Al-Quran. MashaAllah.
Alhamdulillah fasa pertama dari sedekah Al-Quran anda sudah diagihkan pada bulan Disember lepas kepada masjid-masjid di Gaza. Pelajar tahfiz dan jemaah masjid sangat senang menerimanya. MashaAllah, sungguh senang rasanya dapat melihat Al-Quran yang kita sedekahkan sudah sampai di tangan pembaca Al-Quran di Gaza.
Asar Humanity ingin mengajak anda untuk bersedekah Al-Quran kepada kanak-kanak tahfiz dan jemaah masjid di Semenanjung Gaza. Mari kita jadi sebahagian menghidupkan aktiviti masjid terutama menjelang bulan Ramadan yang tinggal di depan mata. InshaAllah setiap huruf yang dibaca membawa rahmat kepada kita semua yang membantu mereka. Sudah tentu juga untuk memastikan ayat-ayat suci Al-Quran terus didengari di bumi Palestin.
Perumpamaan (derma) orang yang membelanjakan harta benda mereka pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang Dia mahu dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah: Ayat 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hasbunallah wa ni’mal wakiil. Pagi ini kami mendapat berita bahawa 9 rumah tahfiz di Utara Gaza yang termasuk dalam program tasmi dan tahfiz Al Quran Asar Humanity telah musnah selepas dihancurkan oleh Zionis. Khabarnya beberapa anak Tahfiz mati syahid. Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Kami tidak mahu nama anak-anak yang kami siarkan dalam kempen ini menjadi mangsa kezaliman Zionis.
Tuan dan Puan, kami mengajak anda untuk terus mendoakan seluruh rakyat di Palestin agar Allah SWT memberi perlindungan dan menghentikan keangkuhan dan kerakusan Zionis. Mangsa yang tidak bersalah menjadi sasaran, semakin menyayat hati apabila mendengar berita kezaliman berterusan setiap hari.
Jangan berhenti bercakap benar tentang Palestin. Kita teruskan doa dan sokongan agar Allah SWT melindungi saudara kita khususnya saudara kita yang sedang diserang di Gaza.
Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi kita dalam aktiviti seharian, serta memberkati segala doa, usaha dan sokongan kita untuk mempertahankan kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Aamiin. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Dari Nu’man bin Basyir dia berkata: Rasulullah saw. Bersabda, “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, menyayangi, dan mengasihi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak bisa tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya).’ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bismillahirrahmaanirrahiim
Alhamdulillah pasukan Asar Humanity di Palestin telah mendistribusikan mushaf Al Quran di wilayah Gaza Utara untuk kegiatan halaqah anak-anak Palestin. Saat ini generasi penghafal Al Quran Palestin menjadi pilar utama untuk tetap menanamkan jiwa-jiwa pejuang. Selain itu aktiviti ini untuk terus mempertahankan generasi Qurani di Palestin.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan. Dari sumbangan anda, kita dapat membersamai generasi Qurani masa depan Palestin. Semoga pahala jariyah Allah SWT mencurahkan pula keberkahan dari setiap huruf yang dihafazkan. Jazakumullah khairan.
Serangan Zionis di Palestin pada penghujung bulan suci Ramadan yang lepas melumpuhkan banyak sektor kehidupan terutama di Gaza, salah satunya juga aktiviti penghafal Al-Quran. Jalur Gaza adalah wilayah selatan Palestina yang terisolasi akibat blokade Israel dan karenanya kehidupan di Gaza tidak patut untuk kehidupan warganya.
Kirimkan terus doa dan dukungan anda kepada saudara kita di Palestin.
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 30, 2023