Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM595 / 19.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
46 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum Tuan/Puan, semoga anda dan keluarga selalu dalam keadaan sehat dan sejahtera. Tidak terasa bulan Ramadhan akan tiba, kurang lebih 2 bulan lagi bulan yang penuh kemuliaan itu akan hadir. Semoga Allah SWT cukupkan umur kita hingga dapat beribadah maksimal dan meraih rahmatNya.
Sudah pasti anda mengetahui keutamaan di bulan Ramadhan, di mana salah satunya ada pahala kebaikan akan dilipat gandakan 700 kali. MashaAllah, semoga kita termasuk hamba Allah yang dapat meraih pahala sekaligus rahmatNya yang tak terhingga. Seperti yang terdapat dalam kalam Allah SWT:
"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." (Surah Al-Baqarah Ayat 245)
Asar Humanity menjemput Tuan/Puan untuk meraih keutamaan sedekah. Salah satunya melalui sedekah Al-Quran yang inshaAllah akan kami berikan pada bulan Ramadhan kepada masjid-masjid dan maahad tahfiz Al-Quran. Hal ini supaya jemaah masjid dan pelajar tahfiz dapat membaca Al-Quran dengan selesa.
Melalui sumbangan RM50 anda dapat membelikan 1 mushaf Al-Quran. InshaAllah sedekah Al-Quran ini menjadi salah satu pahala jariyah yang akan terus mengalir sampai kita wafat. Bayangkan Al-Quran dari ini dibaca pada saat bulan Ramadhan. Semoga Allah lipatkan ganjaran pahala kepada yang membaca dan kepada anda yang bersedekah dan limpahkan rahmat serta keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Semoga khabar ini menjumpai anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera. Alhamdulillah sedekah Al Quran yang anda berikan sudah kami hantarkan kepada jemaah Masjid Darul Mukmin, Maahad Ihya Ulumuddin dan juga maahad tahfiz Darunnadwah Al Yamini di Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat.
Seperti yang anda ketahui Lombok merupakan salah satu pulau di wilayah timur Indonesia yang memiliki kekayaan alam yang indah. Di balik itu semua ada kesulitan yang sering warga hadapi, salah satunya keterbatasan warga Muslim di sana untuk mendapatkan sarana pendidikan Al Quran. Kebanyakan dari mereka tergolong masyarakat yang belum sejahtera, bermata pencaharian sebagai nelayan. Adanya dua maahad ini membantu anak mereka untuk belajar agama dan Al Quran tanpa yang mahal. Harta mereka adalah anak-anak yang dapat mempelajari, menghafaz, dan menyiarkan Al Quran kelak.
Alhamdulillah bantuan Al Quran baru dari anda memberikan mereka semangat untuk menghafaz dan mempelajari Al Quran lebih dalam. InshaAllah setiap huruf dari ayat Quran yang mereka baca dan hafaz akan menjadi pahala jariyah yang terus mengalir walaupun anda sudah tiada. Barakallahu fiikum.
Semoga Allah SWT memberikan keberkahan dan pahala berlipat ganda kepada anda sekeluarga. Jazakumullah khairan. Aamiin
Jom bantu program Asar Humanity lainnya! >>> KLIK!