Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,175 / 23.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
70 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Zikir Tetap Bergema, Walaupun Musibah Melanda!
Berita duka menyelubungi pelajar di Maahad Al-Quran Syabilulosyad Cianjur, Jawa Barat setakat isnin, 21 November 2022 pukul 13:21 waktu tempatan kerana gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan kawasan tersebut. Terdapat 100 pelajar terjejas di maahad, 4 daripadanya cedera ringan, manakala 1 lagi cedera parah (data dikemas kini setakat 22 November 2022).
Bukan itu sahaja, fasilitas pendidikan di maahad tahfiz ini turut terjejas termasuk asrama, dapur, tandas, surau, tempat belajar, pejabat dan perpustakaan maahad. Hampir 50% daripada bangunan di maahad telah rosak. Sementara itu, ketika ini pelajar masih dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Di tengah musibah yang melanda, para pelajar di sana masih terus melafazkan kalimah zikir kepada Allah SWT.
Dengan kerosakan yang agak teruk, barangan peribadi pelajar juga turut rosak termasuk buku dan peralatan sekolah. Melihat keadaan tersebut, sewajarnya kita membantu pelajar tahfiz ini untuk melanjutkan pendidikan dan memberi kemudahan pembelajaran kepada mereka. Salah satunya melalui pemberian buku dan peralatan sekolah.
InshaAllah dengan kebaikan anda, sedekah yang anda sumbangkan akan disalurkan kepada pelajar tahfiz di Maahad Al-Quran Syabilulosyad dan maahad lain yang terjejas akibat gempa bumi di Cianjur berupa buku, alat tulis, pakej peralatan sekolah dan sebagainya. Semoga Allah SWT memasukkan kita ke dalam golongan orang yang pandai bersyukur dan suka menolong orang lain.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Semoga khabar ini menjumpai anda dalam keadaan baik, sihat dan sejahtera.
Pasukan Asar Humanity masih melaporkan dari Cianjur, lokasi terjejas gempa bumi Magnitudo 5.6 menggegarkan pada bulan November yang lepas. Alhamdulillah bantuan utiliti pendidikan kepada pelajar terjejas gempa bumi di Maahad Tahfiz Qur'an Sabilurrosyad. Walaupun kondisi warga terjejas masih dalam masa pemulihan, tetapi kanak-kanak pelajar sangat bersemangat terus dalam mengaji dan belajar agama. Bantuan peralatan sekolah ini menjadi pelipur trauma bagi mereka agar tetap menuntut ilmu agama di masa bangkit dari bencana. InshaAllah mereka adalah penerus generasi masa depan yang memiliki akhlak dan pribadi yang baik berlandaskan syariah agama.
Semoga keberkahan dan pahala berlipat Allah SWT ganjarkan kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Assalamu'alaikum Pahlawan Kebaikan!
Alhamdulillah pasukan Asar Humanity telah memberikan bantuan daripada orang-orang yang bermurah hati Sumbangan.com. Pasukan Asar menuju ke salah satu tapak tilawah iaitu Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Rumah Al Quran Asshabul Yamin Al-Khotibiyah di kampung Lebe Cianjur dengan menyediakan buku dan alat tulis untuk pelajar tahfidz fakir miskin.
Perjalanan ke lokasi mengambil masa lebih kurang 30 minit. Dengan perjalanan menggunakan kenderaan pikap dan keadaan hujan lebat, iba di lokasi pasukan Asar tak melihat bangunan asal Tadika, karena bangunan sekolah itu musnah teruk, tiada barang yang boleh diselamatkan. Pada masa ini murid-murid menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di khemah sementara. Kondisi yang membuat hati kita sedih tak sedikitpun mengurangi semangat kanak-kanak ini untuk datang ke khemah belajar. Tetapi pasal terjejas gempa ini mereka kekurangan palet untuk alas belajar, dan alat belajar lain.
Sampailah pasukan menghantarkan bantuan, murid-murid dan guru Tadika sangat terharu dan berkali-kali mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan. Mereka tidak putus-putus mendoakan para dermawan yang menghulurkan bantuan.
Terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang yang sudah mempercayakan Asar Humanity menjadi perpanjangan tangan membantu mengagihkan utiliti kanak-kanak yang sedang meniti jalan pendidikan awal dan pengkajian Al Quran.
Semoga Allah SWT memberikan pahala berlipat ganda dan keberkahan kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Jangan berhenti menjadi orang baik.
Jom bersama Asar membantu saudara kita yang membutuhkan!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 25, 2022
MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 25, 2022