Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM505 / 16.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
35 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Selepas gempa bumi melanda Cianjur, Jawa Barat pada 21 November 2022, pelbagai fasilitas dan rumah rosak. Bermula dari kategori ringan, sederhana hingga teruk. Di mana ini turut memberi dampak kepada kesukaran mendapatkan air bersih bagi warga yang terjejas akibat gempa bumi. Salah satunya adalah warga di Desa Nagrak Wetan RT 02 RW 11 Desa Limbangansari, Kecamatan Cianjur, Kabupaten Cianjur, di mana warga di desa tersebut memanfaatkan kebocoran paip air untuk memenuhi keperluan air bersih sehari-hari.
Warga di Kampung Nagrak masih agak bertuah, kerana dalam kesusahan mencari sumber air bersih, mereka boleh mendapatkan air daripada paip bocor akibat gempa bumi yang bergegar. Namun berbeza dengan warga kampung lain yang terjejas yang masih menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan air bersih. Malah, air bersih merupakan sumber keperluan asas untuk memenuhi keperluan manusia termasuk untuk aktiviti mandi, mencuci dan tandas. Selain itu, jika tiada bekalan air bersih, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan pelarian seperti cirit-birit dan gatal-gatal.
Melihat betapa mendesaknya keperluan air bersih bagi penduduk yang dilanda gempa bumi Cianjur, marilah kita bersama-sama membantu penduduk yang terjejas dengan menyampaikan sedekah berupa air bersih. Teringat hadis Rasulullah SAW tentang sedekah air:
Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, apakah sedekah yang paling utama?" Dia menjawab, "Memberi air." (Sahih Abu Dawud)
InshaAllah sebaik-baik sedekah yang anda sumbangkan akan disalurkan dalam bentuk agihan air bersih kepada warga yang terjejas akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat. Semoga dengan kebaikan anda ini dibalas dengan sebaik-baik ganjaran. Semoga pahala yang anda terima juga mengalir sederas air yang akan diagihkan kepada para penerima manfaat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Semoga khabar ini menjumpai anda dalam keadaan baik, sihat dan sejahtera.
Alhamdulillah, pasukan Asar Humanity telah mendistribusikan air bersih menggunakan truk tanki kepada warga terjejas gempa bumi Cianjur di area khemah pelarian Desa Cugenang. Warga sangat antusias menyambut kedatangan bantuan air bersih ini, mereka sangat senang karena sudah lama tidak ada bantuan air bersih untuk mereka.
6 bulan lepas sejak gempa bumi Magnitudo 5.6 menggegarkan wilayah Cianjur, warga terjejas sudah beranjak untuk bangkit dan menjalani hidup. Walaupun beberapa dari mereka masih tinggal di khemah-khemah pelarian sederhana. Faktanya kerusakan pada sumber mata air menyebabkan aliran air kurang tersedia, apabila ada airpun itu lah yang kotor dan tidak patut untuk penggunaan sehari-hari.
Kalau tidak ada air, terpaksa mereka menggunakan air kolah yang kotor dan berbau tak sedap, sering kali hal ini menjadi sumber sakit perut dan penyakit kulit. Jika masih ada hujan, mereka menampung air hujan. Tetapi saat ini sudah masuk musim panas, sumber air pun semakin kering.
Bantuan air bersih yang datang ini menjadi salah satu penyegaran bagi warga terjejas. Mereka rela beratur supaya mendapatkan air bersih. Air bersih dari tanki air Asar Humanity ini paling ditunggu, karena air ini bersih, segar dan sudah melalui proses filtrasi sehingga walaupun tanpa dimasak sudah aman diminum. MashaAllah. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan. Semoga keberkahan dan pahala berlipat Allah SWT ganjarkan kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
MashaAllah apa ya yang buat warga Kampung Cadot ini beratur sangat panjang?
Alhamdulillah amanah sedekah air bersih dari Tuan dan Puan sudah sampai di Kampung Cadot, Desa Sukamanah, Cianjur. Sebanyak 16.000 Liter air bersih dihantarkan dengan trak air menjumpai dan memenuhi kebutuhan sehari-hari sedikitnya 1000 orang. Barakallahu fiikum.
Lepas terjejas gempa cianjur warga kampong ini sulit untuk mendapatkan air bersih. Karena beberapa sumber mata air yg sebelumnya digunakan tidak lagi mengeluarkan air, termasuk air yang bersumber dari pam. Masyarakat terpaksa menampung air hujan dan air kolah yang kondisinya tidak patut untuk dikonsumsi.
Hari itu warga tak khawatir lagi, pasukan Asar Humanity menghantarkan bantuan air bersih melalui water tank kepada desa-desa yang kekurangan air bersih. Alhamdulillah karena bantuan Tuan dan Puan wadah-wadah air yang mulanya kosong kini terisi kembali. Antusias masyarakat dengan berbondong-bondong, berbaris, membawa ember, galon, serta peralatan lainnya yangg bisa menampung air.
Ucapan terima kasih serta doa dari mereka untuk penyumbang sumbangan.com, dan pasukan yang bertugas. Jazakumullahu khairan khatsiran. Semoga Allah SWT limpahkan keberkahan dan pahala yang berlipat ganda kepada anda dan keluarga. Aamiin
Ikuti program kemanusiaan Asar lainnya >> Klik!
Innalillahi wainna wailaihi raajiun
YaAllah Ya Rahman ya Rahiim
Seperti inilah situasi di di Cianjur saat ini. Update dari tim Asar Humanity, khemah pelarian mangsa gempa Cianjur kekurangan air bersih. Hari ini karena tak ada lagi penyumbang, kami tidak dapat melanjutkan distribusi air bersih melalui water tank.
Kos bayar sewa tank satu kali hantaran kena dibayar sekitar RM225. Tank ini dapat menghantarkan 8000 liter air bersih yang nantinya digunakan warga untuk memenuhi kehidupan sehari-hari.
Akibat dari gegar 5.6 itu bangunan yang runtuh menutup laluan ke telaga warga. Punca air yang menggunakan paip turut pecah teruk terhempap serpihan bangunan menyebabkan air yang keluar menjadi kotor.
Kanak-kanak mulai terinfeksi penyakit kulit, tangan mereka luka dan banyak nanah.
YaAllah tolong saudara kami di sana. Berikan kami kemampuan rezeki untuk membantu mereka bertahan hidup.
NIK MUHAMMAD AMIRUL IZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 12, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 12, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 08, 2022