Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM550 / 18.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
25 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam suasana kemelut yang melanda Gaza, kita berdiri bersama penduduk menghadapi situasi yang memburukkan kehidupan mereka saban hari. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan dengan berat hati menyatakan kebimbangan mengenai keadaan yang semakin teruk di Gaza. Di mana air minuman yang tidak sihat telah menjadi punca penyakit kongenital yang mengancam nyawa. Inilah masanya kita bersatu dalam memberikan bantuan air bersih segera kepada penduduk Gaza yang memerlukannya.
Sejak awal penaklukan di Palestin, penduduk Gaza telah menghadapi pelbagai cabaran yang serius. Zionis telah memutuskan bekalan air, makanan, elektrik, bahan api dan internet di Semenanjung Gaza. Ia memburukkan lagi keadaan hidup mereka. Keadaan ini bukan sahaja mencetuskan peningkatan penularan penyakit bawaan air, malah menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal, memaksa mereka tinggal di pusat perlindungan yang penuh dengan risiko wabak penyakit.
Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan kebimbangan serius terhadap kehidupan penduduk Gaza yang terjejas. Penyakit bawaan air menjadi ancaman utama, dengan wabak dan penyakit berjangkit merebak dengan cepat di kemudahan tempat perlindungan yang sesak. Penduduk Gaza memerlukan bantuan segera untuk memastikan bekalan air bersih yang mencukupi dan mencegah penularan penyakit selanjutnya.
Sebelumnya beberapa minggu yang lepas berkat sumbangan anda kami telah menghantarkan lori berisi ribuan liter air bersih yang dihantarkan kepada pelarian di sekolah-sekolah yang kini menjadi kem-kem penampungan. Kebaikan anda harus terus berlanjut.
Asar Humanity bertujuan untuk mengutip sumbangan dan menjemput anda untuk mengagihkan air bersih buat kebutuhan hidup saudara kita di Gaza. InshaAllah water truck dengan kos operasi RM3,000 dengan kapasitas air ribuan liter akan membantu memenuhi kebutuhan air bersih warga terjejas serangan Mulai dari RM10 inshaAllah bersama-sama, kita boleh membantu perjuangan mereka mempertahankan tanah air Palestina dan merebut kembali pembebasan Al Aqsa.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Syukur ke hadrat Allah SWT dan sokongan anda, lori air bersih berjaya dihantar kepada saudara-saudara kita yang tinggal di kem pelarian di kawasan Deir Al Balah, Semenanjung Gaza. Barakallahu fiikum!
Inilah keadaan saudara-saudara kita yang menjadi mangsa penjajahan dan sekatan Zionis, sehingga keperluan asas kehidupan tidak dapat dipenuhi. Alhamdulillah, hantaran bantuan ini dapat melegakan mereka. Terima kasih, Pahlawan Kebaikan! Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Jom teruskan doa dan sokongan terbaik bagi saudara-saudara kita di Gaza!
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan.
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
MashaAllah alhamdulillah ala kulli haal.
Dengan rasa rendah diri dan rasa terima kasih, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tim Asar Humanity di Gaza dan kepada semua penderma yang telah bersatu dalam usaha kemanusiaan untuk membantu keluarga pelarian yang saat ini hidup di salah satu kem Kota Rafah. Sesungguhnya, inisiatif ini telah membawa sinar harapan kepada saudara-saudara kita yang terjejas akibat serangan di Semenanjung Gaza.
Harap dimaafkan, kerana terdapat sedikit masalah pada banner dalam gambar yang kami lampirkan yang masih menunjukkan tahun 2023. Sementara pengagihan air bersih dilakukan beberapa pekan yang lepas.
YaAllah! Melihat penderitaan saudara-saudara kita di sana, hati ini terasa begitu sakit. Mereka mesti bersabar dalam mendapatkan akses kepada keperluan asas, termasuk air bersih yang merupakan hadiah berharga. Ketibaan Asar Humanity dengan lori besar yang menghantar air bersih adalah cahaya yang terang di tengah-tengah kegelapan yang mereka hadapi.
Alhamdulillah. Barakallahu fiikum! Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu meringankan beban mereka. Setiap titisan air bersih yang dihantar adalah sinar harapan baru untuk kelangsungan hidup mereka. Semoga segala kebaikan yang telah diberikan menjadi amal jariah yang tidak putus-putus, dan keberkatan yang terus berlipat ganda.
Kepada saudara-saudara kita di Gaza, semoga bantuan ini dapat memberikan keberkatan dan ketenangan jiwa. Kami juga mendoakan semoga Allah memberi kekuatan untuk saudara-saudara kita di sana yang Allah janjikan keberkahannya di tanah Syam. Semoga kita semua sebagai umat Islam dapat bersatu hati menjaga agama dan membantu orang lain, agar di akhirat kelak, rezeki yang diperolehi menjadi saksi kesungguhan kita mempertahankan Islam dan memerdekakan Masjid Al Aqsa.
Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang telah dihulurkan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2023
SAHIDAN ABD JALIL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2023
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2023