Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM355 / 11.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kami tidak akan jemu melancarkan lagi kempen bantuan untuk saudara-saudara kita di Gaza, mereka masih memerlukan sokongan dan doa kita. Sehingga berita ini ditulis, direkodkan 9,770 orang telah syahid dan 24,808 lagi cedera akibat serangan Zionis sejak 7 Oktober lalu. Ini juga mengakibatkan beribu-ribu rumah dan kem pelarian Palestin musnah.
Setakat ini, mereka yang terselamat masih mencari tempat perlindungan yang lebih selamat. Sebahagian daripada mereka tidur di halaman depan hospital di atas katil sementara. Terdapat juga mereka yang tinggal di sekolah milik Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu yang juga tidak terlepas daripada serangan. Ada lagi rakyat yang lain masih mencari tempat berteduh juga.
Adakah terdapat tempat yang selamat di Gaza?
Kami telah menyediakan dapur sementara di Gaza, di mana sukarelawan kami bekerja keras untuk memasak makanan berkhasiat, termasuk roti hangat. Makanan ini diagihkan kepada pelarian yang memerlukan yang telah kehilangan segala-galanya. Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian.
Dengan menyokong kempen ini, anda akan membantu kami menyediakan makanan, air dan harapan kepada pelarian Gaza. Setiap sumbangan, tidak kira seberapa kecil, akan sangat bermakna. Bermula dari RM10, kami akan membantu menyediakan roti dan minuman panas untuk pelarian di Gaza.
Kami percaya bahawa bersama-sama, kita boleh membantu mengubah nasib mereka dan mengingatkan mereka bahawa dunia masih mengambil berat. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada Tuan, Puan dan keluarga mereka. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Tim Asar Humanity berkomitmen untuk mendampingi saudara-saudara kita di Gaza selama menjalani ibadah puasa. Dengan anugerah Allah SWT dan dukungan dari semua pihak yang baik hati, Asar Humanity di Semenanjung Gaza berhasil mendistribusikan makanan untuk buka puasa dan sahur.
Inilah perjuangan tim Asar Humanity di wilayah kamp pelarian Rafah. Sejak sore hari, tim ASAR telah menyiapkan paket sahur yang akan disalurkan kepada saudara-saudara kita di sana. Serangan dan pembatasan terhadap pasokan makanan oleh pihak Zionis telah menyebabkan saudara-saudara kita kekurangan persediaan untuk kebutuhan makanan sehari-hari.
Saat kita memasuki 10 hari pertengahan Ramadan, di mana Allah melimpahkan ampunan-Nya kepada hamba-hamba-Nya, marilah kita mengangkat doa dan merayu kepada Yang Maha Pengampun agar memberi ampunan kepada kita. Semoga nikmat dan rezeki yang kita terima menjadi bukti dukungan kita terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Palestina dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan.
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
MashaAllah alhamdulillah ala kulli haal.
Dalam usaha kemanusiaan membantu pelarian di Gaza, pasukan Asar Humanity berjaya mengagihkan bungkusan makanan kepada keluarga mangsa terjejas serangan di kawasan kem Deir al-Balah, Gaza Tengah.
Tindakan ini adalah kesinambungan daripada program sebelum ini dan telah memberikan bantuan yang berharga kepada mereka yang memerlukan. Kami juga berasa gembira apabila menerima gambar pengagihan makanan kepada mereka yang menderita kelaparan akibat serangan dan sekatan Zionis. Sedikitnya bantuan yang anda berikan dapat mengobati lapar mereka. Bungkusan ini juga dapat menjadi bekalan kebutuhan makanan harian mereka dalam beberapa hari.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah berderma, semoga ihsan ini menjadi medan amal jariah yang akan terus berlipat ganda. Barakallahu fiikum, semoga bantuan ini dapat memberi keberkatan dan meringankan beban saudara-saudara kita menderita akibat dari kekejian zionis.
Semoga apabila kita kembali ke alam akhirat, akan ada sekurang-kurangnya sebahagian daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada kita sebagai saksi bahawa kita telah membantu mempertahankan agama Islam, membela saudara-saudara Palestin dari pejajahan dan membebaskan Masjid Al Aqsa. Amin. Jazakumullah khairan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 10, 2023
JAMAL ARIEF BIN ABDUL MALEK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 09, 2023
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 09, 2023
SYED MUHAMMAD NABIL BIN SYED MASHURE
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 08, 2023