ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 23, 2024

INFAQ KOS PENYEMBUHAN TRAUMA UNTUK ANAK TERDEDAH SERANGAN DI GAZA

RM770 / 25.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan berhenti menyertai anak-anak di Gaza yang paling terdedah kekejaman Zionis. Jom bantu sembuhkan trauma mereka yang masih bertahan!


Dalam cengkaman penjajahan Zionis yang melanda Gaza, terpukullah hati kita ketika menyaksikan kanak-kanak yang menjadi korban. Melihat statistik kekurangan zat makanan yang mengancam nyawa, serta kenyataan bahawa setiap 15 minit, seorang kanak-kanak kehilangan nyawanya dalam serangan udara yang tidak berperikemanusiaan, kita merasakan keperluan mendesak untuk menyembuhkan luka-luka emosi dan fizikal yang dialami oleh anak-anak yang tidak berdosa ini.


Asar Humanity terdorong oleh keinginan untuk memberikan sokongan sebenar kepada saudara-saudara kita di Gaza, khususnya anak-anak yang terjejas secara teruk. Melalui kempen kami untuk penyembuhan trauma, kami tidak hanya berusaha untuk menyediakan bantuan praktikal seperti aktiviti harian hiburan dan pembelajaran yang dapat memberikan mereka ketenangan, juga untuk mengembalikan keceriaan dan harapan kepada kanak-kanak yang telah mengalami terlalu banyak kehilangan dan kekejaman dalam hidup mereka.




Program psikososial yang kami anjurkan bertujuan untuk membantu kanak-kanak mengatasi kesan emosi konflik dan memulihkan kebahagiaan mereka. Kami memahami bahawa trauma yang dialami oleh mereka tidak dapat disembuhkan dalam semalam, tetapi kami berjanji untuk berada di sana setiap langkah jalan, menawarkan sokongan dan kasih sayang yang mereka perlukan untuk bergerak maju.


Namun kami sedar, kami tak dapat melakukan ini sendiri tanpa bantuan anda. Sokongan anda amat sangat dibutuhkan untuk mewujudkan ini. Kami memahami bahawa satu-satunya jalan untuk memberikan harapan kepada anak-anak Gaza adalah melalui kekuatan solidariti dan kebaikan hati kita. Oleh itu, kami menjemput anda untuk turut serta dalam kempen ini dengan membuat sumbangan yang sebesar mungkin. Walaupun kita mungkin tidak dapat merobohkan tembok tembok yang membatasi akses ke Gaza, tapi kita harus buktikan bahwa kita hadir bersama mereka.




Sokongan dan bantuan yang sudah kami hantarkan berkat redha Allah SWT dan sumbangan anda adalah bukti bahwa apapun ikhtiar kita pasti akan menolong saudara kita di sana. Setiap sumbangan walau sekecil mana pun diyakini sebagai bukti sokongan kita terhadap perjuangan mempertahankan tanah air Palestin dan pembebasan Al Aqsa.


Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada Tuan, Puan dan keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM500.00

Feb 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 23, 2024

Kempen Sumbangan Tamat