Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah segala kebaikan ku ini, Kau alirkan kepada UmiPapa ku, Mama Abah ku, Suami & anak-anakku, adik beradikku dan agent Cuckoo ku

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya allah kurniakanlah kepada kami rezeki yang luas dan melimpah ruah .. dan kurniakan lah kepada kami hati yang sentiasa ingin bersedekah di jalan Mu Ya Allah.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ikhlas kerana Allah ?

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

YaAllah kurniakanlah untuk kami rezeki yang tak disangka sangka yang membawa kebaikan dunia akhirat. YaAllah mudahkankanlah urusan bisnesku juga sahabat² kuu. Aamiin YaAllah...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah kesihatan yang baik untuk anak2 ku dan lindungilah mereka dari sebarang musibah. Selamat kan kami dari azab api nerakamu. amin

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib, kurniakanlah kami rezeki yang diberkati, rezeki yang luas, kesihatan yang baik dan sembuhkan kami dari semua jenis penyakit serta berkatilah kehidupan kami aamin.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: