Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah,kurniakanlah kepada kami rezeki yang luas . Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Allah SWT yg maha mengetahui.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ "Wahai Tuhan kami, terimalah amal kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AMINAH BT LOB

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakanlah dan berkati rezeki kami yang luas, rezeki yg tidak putus2 seperti air zam-zam yg mengalir. Dan pjgkan umur kami dlm keberkatan permudahkan segala urusan kami didunia dan akhirat

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORMAH MAT AKIL

3 tahun yang lepas

Ya rabb, ampunilah dosa2 kami, jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaubat dan bersyukur. Limpahkan lagi rezeki kami supaya kami dapat menyumbang kepada agama mu. Kumpulkan lah kami di syurga firdaus.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AMINAH BT LOB

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakanlah rezeki yang luas kepada kami sekeluarga dan mudahkanla segala urusan kami, saya wakafkan utk pahala kepada arwah saya Hj.Zainudin bin Ramli kerana Allah Taala

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: