Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa'
SSM : SA0504003-P
Kod Sekolah Jais/Jakim: BZH9023
Alamat : No.15, Jalan PP 2/18, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor
Jumlah pelajar : 24 orang
Jumlah tenaga pengajar : 3
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sejujurnya, madrasah tahfiz kami ini tiada bangunan sendiri. Malahan, bangunan yang kami duduki ini semakin hari semakin banyak kemudahan asasnya rosak akibat kekurangan dana untuk kami selenggara.
Sungguh, bangunan rumah sewa lot tepi kini sudah tak mampu menampung sejumlah 24 orang pelajar perempuan di tahfiz di sini. Yang menyedihkan, bangunan sewa ini hakikatnya tidak mampu menyediakan ruang yang cukup untuk para pelajar. Ada sebahagian pelajar tidur di bahagian atas, dan selebihnya tidur di ruang utama (tempat mereka mengaji dan makan).
Pelajar-pelajar di sini terdiri dalam kalangan keluarga asnaf yang tidak seharusnya kami layan seperti ini, terpaksa belajar dalam keadaan kurang selesa dan padat disebabkan kekangan ruang. Jika di rumah keluarga mereka serba kekurangan, setidak-tidaknya di sini mereka dapat merasa nikmat berteduh yang selesa.
Dermawan yang di sayangi Allah, sanggupkah anda melihat anak-anak syurga ini menghafaz Al-quran dalam keadaan yang kurang selesa dan sempit? Bahkan, bangunan yang mereka duduki sekarang merupakan bangunan yang disewa dengan kadar sewa bulanan RM1,400 tidak berbaloi untuk menyediakan kelengkapan fasiliti untuk para pelajar di sini. Yang lebih membimbangkan, bila-bila masa sahaja tuan empunya akan mengambil alih bangunan tersebut.
Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisaââ¬â¢ memerlukan bantuan dan infak ikhlas anda sebanyak RM750,000 untuk membantu bagi KEMPEN BAIKPULIH & MEMBELI BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISAââ¬â¢, disamping untuk kos-kos pembangunan baikpulih serta kos bulanan pelajar-pelajar maahad.
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:
ââ¬ÅApabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.ââ¬Â
Dengan infak yang anda berikan buat anak-anak syurga ini,
Insya-Allah ibarat air yang terus mengalir, begitulah juga berterusan pahala
yang sampai kepada anda para dermawan, Aamin. Ayuh, marilah rebut peluang ini
dengan memberi sumbangan kepada kempen Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisaââ¬â¢.
Anda boleh memberi sumbangan ke Tabung KEMPEN BAIKPULIH & MEMBELI BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISAââ¬â¢ ini melalui transfer online ke
BANK MUAMALAT 12140000236718 (MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISAââ¬â¢)
Hamba Allah
Allahumma Solli ala Sayyidina Muhammad, Ya Rahman, trimalah infak kami untuk madrasah ini, semoga jd asbab kebaikan dan bermanfaat. Rahmatilah ibu bapa kami Aminah bt Ramli dan Ismail Aziz. Ampunilah segala dosa2 kami dan terimalah taubat kami. Berikan syifa buat kami yg sedang diuji dengan penyakit.panjangkan usia kami dengan rahmatMu. Amiin
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Rahman, berilah ampunan redha dan syurgaMu buat ibu ku Aminah bt Ramli. Ampunilah segala dosa2 kami dan terimalah taubat kami. Berikan syifa kesembuhan buat kami yang sedang diuji dengan penyakit. Sesungguhnya Hanya Kau yg berkuasa ke atas segalaNya.
Anda mengaminkan doa ini