MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN-NISA

Aktif sejak Jul 15, 2021

Tentang Penganjur

Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa'

SSM : SA0504003-P

Kod Sekolah Jais/Jakim: BZH9023

Alamat : No.15, Jalan PP 2/18, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor

Jumlah pelajar : 24 orang

Jumlah tenaga pengajar : 3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejujurnya, madrasah tahfiz kami ini tiada bangunan sendiri. Malahan, bangunan yang kami duduki ini semakin hari semakin banyak kemudahan asasnya rosak akibat kekurangan dana untuk kami selenggara.

 

Sungguh, bangunan rumah sewa lot tepi kini sudah tak mampu menampung sejumlah 24 orang pelajar perempuan di tahfiz di sini. Yang menyedihkan, bangunan sewa ini hakikatnya tidak mampu menyediakan ruang yang cukup untuk para pelajar. Ada sebahagian pelajar tidur di bahagian atas, dan selebihnya tidur di ruang utama (tempat mereka mengaji dan makan).

 

Pelajar-pelajar di sini terdiri dalam kalangan keluarga asnaf yang tidak seharusnya kami layan seperti ini, terpaksa belajar dalam keadaan kurang selesa dan padat disebabkan kekangan ruang. Jika di rumah keluarga mereka serba kekurangan, setidak-tidaknya di sini mereka dapat merasa nikmat berteduh yang selesa.

 

Dermawan yang di sayangi Allah, sanggupkah anda melihat anak-anak syurga ini menghafaz Al-quran dalam keadaan yang kurang selesa dan sempit? Bahkan, bangunan yang mereka duduki sekarang merupakan bangunan yang disewa dengan kadar sewa bulanan RM1,400 tidak berbaloi untuk menyediakan kelengkapan fasiliti untuk para pelajar di sini. Yang lebih membimbangkan, bila-bila masa sahaja tuan empunya akan mengambil alih bangunan tersebut.

 

Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa’ memerlukan bantuan dan infak ikhlas anda sebanyak RM750,000 untuk membantu bagi KEMPEN BAIKPULIH & MEMBELI BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’, disamping untuk kos-kos pembangunan baikpulih serta kos bulanan pelajar-pelajar maahad.

 

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”

 

Dengan infak yang anda berikan buat anak-anak syurga ini, Insya-Allah ibarat air yang terus mengalir, begitulah juga berterusan pahala yang sampai kepada anda para dermawan, Aamin. Ayuh, marilah rebut peluang ini dengan memberi sumbangan kepada kempen Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa’.

Anda boleh memberi sumbangan ke Tabung KEMPEN BAIKPULIH & MEMBELI BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’ ini melalui transfer online ke

BANK MUAMALAT 12140000236718 (MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’)

No.15, Jalan PP 2/18, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor. , 47130, Puchong, Selangor, Malaysia
madrasahtahfizmahiratunnisa@gmail.com
60176393536
0176393536

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa aku serta keluargaku.. murahkan rezeki kami, pmudhkan urusan kami.. serta berikan hidayah dn pertunjuk kpd kmi

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan cucu saya muhammad farish affan bin muhammad faizul mudah ckp sbb umur 5 tahun x lancar nercakap lagi dan doakan supaya keluarga saya murah rezeki dan kurniakan kesihatan

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HJ. MAZLAN BIN ABD WAHAB

2 tahun yang lepas

Infaq atas nama arwah Majnun Bin Abdul Wahab. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah mempermudahkan urusan Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa Ya Allah ampunkan dosa2 kami dan kurniakanlah taufiq dan hidayahmu buat Said Bin Awang, Tumirah Bte Mahman, Nurul Liana Bte Said, Nur Syafiqah bte Said dan Nur Syuhadah bte Said berikanlah kami kesehatan yg baik dan permudahkanlah untuk kami mendirikan solat dan perbanyakan amal ibadah kepada mu. Sampaikanlah segala hajat kami Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang ampunilah dosa2 ahmad ariff bin juhari berkahilah dia rahmatilah dia dan pelihara lah dia di jalan Mu aminnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga kedua ibu bapa saya,istri dan anak anak Diampunkan dosa dan disayangi oleh allah S.W.T dan dimasukkan kesyurga tanpa hisab amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: