MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN-NISA

Aktif sejak Jul 15, 2021

Tentang Penganjur

Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa'

SSM : SA0504003-P

Kod Sekolah Jais/Jakim: BZH9023

Alamat : No.15, Jalan PP 2/18, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor

Jumlah pelajar : 24 orang

Jumlah tenaga pengajar : 3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejujurnya, madrasah tahfiz kami ini tiada bangunan sendiri. Malahan, bangunan yang kami duduki ini semakin hari semakin banyak kemudahan asasnya rosak akibat kekurangan dana untuk kami selenggara.

 

Sungguh, bangunan rumah sewa lot tepi kini sudah tak mampu menampung sejumlah 24 orang pelajar perempuan di tahfiz di sini. Yang menyedihkan, bangunan sewa ini hakikatnya tidak mampu menyediakan ruang yang cukup untuk para pelajar. Ada sebahagian pelajar tidur di bahagian atas, dan selebihnya tidur di ruang utama (tempat mereka mengaji dan makan).

 

Pelajar-pelajar di sini terdiri dalam kalangan keluarga asnaf yang tidak seharusnya kami layan seperti ini, terpaksa belajar dalam keadaan kurang selesa dan padat disebabkan kekangan ruang. Jika di rumah keluarga mereka serba kekurangan, setidak-tidaknya di sini mereka dapat merasa nikmat berteduh yang selesa.

 

Dermawan yang di sayangi Allah, sanggupkah anda melihat anak-anak syurga ini menghafaz Al-quran dalam keadaan yang kurang selesa dan sempit? Bahkan, bangunan yang mereka duduki sekarang merupakan bangunan yang disewa dengan kadar sewa bulanan RM1,400 tidak berbaloi untuk menyediakan kelengkapan fasiliti untuk para pelajar di sini. Yang lebih membimbangkan, bila-bila masa sahaja tuan empunya akan mengambil alih bangunan tersebut.

 

Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa’ memerlukan bantuan dan infak ikhlas anda sebanyak RM750,000 untuk membantu bagi KEMPEN BAIKPULIH & MEMBELI BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’, disamping untuk kos-kos pembangunan baikpulih serta kos bulanan pelajar-pelajar maahad.

 

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”

 

Dengan infak yang anda berikan buat anak-anak syurga ini, Insya-Allah ibarat air yang terus mengalir, begitulah juga berterusan pahala yang sampai kepada anda para dermawan, Aamin. Ayuh, marilah rebut peluang ini dengan memberi sumbangan kepada kempen Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa’.

Anda boleh memberi sumbangan ke Tabung KEMPEN BAIKPULIH & MEMBELI BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’ ini melalui transfer online ke

BANK MUAMALAT 12140000236718 (MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’)

No.15, Jalan PP 2/18, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor. , 47130, Puchong, Selangor, Malaysia
madrasahtahfizmahiratunnisa@gmail.com
60176393536
0176393536

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Yaallah sedekah ku ini ikhlas Dari hati kerana Allah taala Dan kau permudahkan segala urusan kami sekeluarga di Dunia & akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Sy mohon doa kalian UTK kesejahteraan arwah ayah sy Abdul Ghani bin gumalap, dan UTK kesihatan mak sy Faridah binti MAIDAM dan UTK smua kluarga sy. Semoga kami mnjd kluarga yg dirahmati Allah SWT. Dan doakan sy semoga DPT mencapai cita2 dan impian UTK dunia akhirat. Sy harap kalian d sana diberkati Allah SWT selamanya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Assalamualaikum....mohon doakan ya kakak saya dikurniakan syifa', diangkat penyakit yang ada ditubuhnya, dipermudahkan urusannya...semoga Allah permudahkan urusan kalian dan semoga beroleh kebaikan di dunia dan akhirat ..Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah memberkati hidup dunia akhirat insyaallah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah imarahkan tahfiz yg mnerima sumbangan ini. Ampunkan dosa ku, tutup segala aibku dunia hingga ke akhirat dan jauhkan aku dan keluarga ku dari kemelaratan hidup.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Memohon rahmat Allah Ta'ala utk arwah ayah sya Sanusi bin ondu@Abdullah Mudah2an ditempatkan di kalangan para syuhadah & para sholihin mendapat Keampunan & keredhaan Allah Ta'ala di dunia dan di akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: