MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN-NISA

Aktif sejak Jul 15, 2021

Tentang Penganjur

Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa'

SSM : SA0504003-P

Kod Sekolah Jais/Jakim: BZH9023

Alamat : No.15, Jalan PP 2/18, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor

Jumlah pelajar : 24 orang

Jumlah tenaga pengajar : 3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejujurnya, madrasah tahfiz kami ini tiada bangunan sendiri. Malahan, bangunan yang kami duduki ini semakin hari semakin banyak kemudahan asasnya rosak akibat kekurangan dana untuk kami selenggara.

 

Sungguh, bangunan rumah sewa lot tepi kini sudah tak mampu menampung sejumlah 24 orang pelajar perempuan di tahfiz di sini. Yang menyedihkan, bangunan sewa ini hakikatnya tidak mampu menyediakan ruang yang cukup untuk para pelajar. Ada sebahagian pelajar tidur di bahagian atas, dan selebihnya tidur di ruang utama (tempat mereka mengaji dan makan).

 

Pelajar-pelajar di sini terdiri dalam kalangan keluarga asnaf yang tidak seharusnya kami layan seperti ini, terpaksa belajar dalam keadaan kurang selesa dan padat disebabkan kekangan ruang. Jika di rumah keluarga mereka serba kekurangan, setidak-tidaknya di sini mereka dapat merasa nikmat berteduh yang selesa.

 

Dermawan yang di sayangi Allah, sanggupkah anda melihat anak-anak syurga ini menghafaz Al-quran dalam keadaan yang kurang selesa dan sempit? Bahkan, bangunan yang mereka duduki sekarang merupakan bangunan yang disewa dengan kadar sewa bulanan RM1,400 tidak berbaloi untuk menyediakan kelengkapan fasiliti untuk para pelajar di sini. Yang lebih membimbangkan, bila-bila masa sahaja tuan empunya akan mengambil alih bangunan tersebut.

 

Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa’ memerlukan bantuan dan infak ikhlas anda sebanyak RM750,000 untuk membantu bagi KEMPEN BAIKPULIH & MEMBELI BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’, disamping untuk kos-kos pembangunan baikpulih serta kos bulanan pelajar-pelajar maahad.

 

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”

 

Dengan infak yang anda berikan buat anak-anak syurga ini, Insya-Allah ibarat air yang terus mengalir, begitulah juga berterusan pahala yang sampai kepada anda para dermawan, Aamin. Ayuh, marilah rebut peluang ini dengan memberi sumbangan kepada kempen Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa’.

Anda boleh memberi sumbangan ke Tabung KEMPEN BAIKPULIH & MEMBELI BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’ ini melalui transfer online ke

BANK MUAMALAT 12140000236718 (MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’)

No.15, Jalan PP 2/18, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor. , 47130, Puchong, Selangor, Malaysia
madrasahtahfizmahiratunnisa@gmail.com
60176393536
0176393536

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga diberikan jalan terbaik dalam hubungan rumah tangga saya. Jika ini yang terbaik, semoga diberikan kekuatan dalam melaluinya. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah mengampuni kita semua ummat Nabi Muhammad saw. Allahumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh ALLAH sama ada yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia diampuni dosa silam & diangkat kafarah yang tertunggak and dimakbulkan doa2 mereka. Ameen.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

ya alllah ya tuhanku,engkau panjangkan umor ibubapaku, engkau jadikan kami sebagai orang yang bertakwa ke jalanmu.ya allah...ko matikan kami husnul khatimah....ko jauhkan kami dari fitnah dajjal,fitnah dunia...jangan ko bolak balik kn hati kami...masukkan kami ke dlam syurga mu ya allah....ko jdkqn kami seeing beribadah kepada mu ya allah....kepada mu aku meminta jgn ko masukkan kami ke neraka mu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan supaya Aida Mahdzir diberikan kesihatan yang baik dan rezeki halal yang melimpah ruah. Aamiin Ya Mujib. Terima kasih.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: