Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM115 / 1.44 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Indonesia dengan keadaan geografi yang terdiri daripada pelbagai pulau dan jumlah penduduk ke 4 terbesar di dunia, mempunyai pelbagai permasalah tersendiri di pelbagai sektor. Salah satunya adalah sektor ekonomi yang kini dialami oleh kebanyakan warga Indonesia. Peratusan penduduk miskin di Indonesia kini mencapai 9.54%.
Sebaliknya, sebanyak 2 hingga 4 juta warga menjadi miskin akibat pandemik COVID-19 dan kondisi ekonomi yang belum tumbuh. Kemiskinan yang meningkat telah meningkatkan kerentanan pangan di masyarakat sehingga beberapa warga tidak mampu untuk mencukupi kehidupan pokok sehari-harinya.
Terlebih per tanggal 3 September 2022, terjadi kenaikan harga Bahan Bakar Minyak (BBM) bersubsidi dengan peratusan kenaikan perliter sebesar 30% dan solar sebesar 32%. Dengan adanya kenaikan harga Bahan Bakar Minyak (BBM) bukan sahaja memberi efek terhadap harga pengangkutan, namun juga akan memberi efek pada sektor makanan dan kesihatan.
Dampak yang terlihat di depan mata ialah warga miskin makin terpuruk dengan adanya kenaikan harga dari pelbagai sisi. Salah satu contohnya Pak Rayyan yang bekerja sebagai teksi motosikal, dengan kenaikan harga minyak ini akan berpengaruh terhadap kehidupannya, karena sektor yang lain juga akan meningkat, manakala pendapatan yang diperoleh tidak meningkat. Pada mulanya ketika Pak Rayyan mengisi petrol senilai RM8 dapat 3.2 liter, tetapi ketika harga Bahan Bakar Minyak (BBM) naik, pada harga yang sama hanya dapat 3 liter, tentunya hal ini berpengaruh dengan kuantitas jarak yang boleh ditempuhnya.
Bagi mengurangkan kesusahan yang sedang dialami oleh rakyat Indonesia. Alhamdulillah Asar Humanity menemani rakyat Indonesia dengan berkongsi pelbagai pakej makanan yang akan diagihkan bagi warga yang memerlukan dengan butiran pakej seperti berikut:
1. Pakej RM47: Beras 5 kg, minyak goreng 2 kg, gula 2 kg dan telur
2. Pakej RM78: Beras 10 kg, minyak goreng 2 kg, gula 2 kg, telur dan susu 1 unit
3. Pakej RM156: Beras 15 kg, minyak goreng 4 kg, gula 3 kg, sarden 2 unit, susu 2 unit, telur 2 kg, tepung 2 kg, teh dan garam
Sanggupkah kita melihat saudara-saudara kita hidup dalam kesusahan makan?
Teringat sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani, "Barang siapa yang memberi makan seorang mukmin hingga dia kenyang, Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain." (HR.Tabrani)
Marilah kita bersama-sama menemani saudara kita melalui masa sukar ini dengan menghadiahkan pakej makanan, agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dan dapat berfokus pada pemenuhan keperluan lain. Untuk terus meluaskan manfaat serta meringankan beban saudara kita, sudah tentu kita harus berganding bahu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, semoga tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT, aamiin
Alhamdulillah, pada hari Rabu, 7 Disember 2022 pasukan Asar Humanity telah berjaya menghantar amanah dari tuan-tuan dan puan-puan berupa pakej makanan. Di mana sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan digabungkan dengan sumbangan daripada kempen lain untuk meluaskan manfaat yang sedia. Sehingga sebanyak 115 pakej makanan dapat diagihkan kepada penerima manfaat di 6 desa yang berlokasi di Aceh, Indonesia, diantaranya:
1. Desa Gampong Pulo Ara, Kecamatan Kota Juang Kabupaten Bireuen
2. Desa Juli Seutuy, Kecamatan Juli, Kabupaten Bireuen
3. Desa Tambo Tanjong, Kecamatan Juli, Kabupaten Bireuen
4. Desa Benyot, Kecamatan Juli, Kabupaten Bireuen
5. Desa Balee Panah, Kecamatan Juli, Kabupaten Bireuen
6. Desa Teupin Mane, Kecamatan Juli, Kabupaten Bireuen
Di mana salah seorang penerima bantuan daripada tuan-tuan dan puan-puan adalah seorang warga emas yang berumur 70 tahun, beliau bernama Cik Raimah. Dia bekerja sebagai buruh harian, kadang-kadang bekerja dan kadang-kadang tidak. Dan kini dia tinggal di rumah yang diperbuat daripada seng kerana rumahnya sebelum ini terbakar. Jadi ini memerlukan dia tinggal di rumah seng, yang ketika pada siang hari keadaan di dalam rumah sangat panas.
Dan alhamdulillah atas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dalam menyumbang untuk bantuan berupa pakej makanan, senyuman gembira dan mata yang berkaca-kaca terpancar di wajah puan Rahmi dan para penerima manfaat lainnya ketika mendapat pakej makanan daripada tuan-tuan dan puan-puan, sebaliknya mereka berasa dibantu oleh kebaikan tuan-tuan dan puan-puan.
Semoga Allah SWT membalas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dengan sebaik-baik balasan, dan semoga bantuan tuan-tuan dan puan-puan ini menjadi salah satu washilah diijabahnya do’a tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga, aamiin yaa rabbal 'aalamiin. Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan Pahlawan Kebaikan.
Alhamdulillah sumbangan dari Tuan dan Puan sudah dihantarkan kepada warga miskin dan asnaf. Nasib baik tidak selalu mereka miliki. Digabungkan dengan kempen bantuan untuk asnaf lainnya, kurang lebih 30 bungkusan pangan yang dikirimkan berisi 5 kg beras, 1 kg gula, 2 liter minyak masak, 1 kotak teh, dan 2 tin 150 ml sardin. Mashallah. Semoga bantuan dari Tuan dan Puan menjadi kebahagiaan bagi warga miskin dan asnaf.
Kami harap kebaikan ini tidak berhenti sampai di sini. Teruslah jadi Pahlawan Kebaikan dan membantu orang yang membutuhkan dengan tujuan mencari redha Allah SWT.
Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
"Kamu tidak akan sama sekali dapat mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu infakkan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa jua yang kamu infakkan." (Surah Ali-Imran: 92)
Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan/Puan serta keluarga.Jazakumullah khairan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 19, 2022