Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,411 / 85.28 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
196 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Maahad Hidayatullah ialah sebuah maahad yang terletak di Jl. Dusun Ceheran Tuhiyango, Desa Mootinelo, Kec. Kwandang Kab. Gorontalo Utara dengan lokasi yang agak terpencil. Aktiviti harian di maahad ini ialah tahfidz Quran, hafaz Hadith Ar-Bain. halaqoh Al-Quran dan Taman Pendidikan Al-Quran bersama 7 orang guru serta 24 pelajar dari pelbagai wilayah dan latar belakang yang berbeza.
Namun, rata-rata pelajar yang belajar di maahad ini adalah anak yatim dhuafa dengan latar belakang yang berbeza. Oleh karena itu, maahad ini memerlukan bantuan dari kita dalam bentuk keperluan asas berupa makanan untuk para pelajar. Teringat firman Allah SWT dalam surah Al-Hadid ayat 18:
اِنَّ الْمُصَّدِّقِيْنَ وَالْمُصَّدِّقٰتِ وَاَقْرَضُوا اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا يُّضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ اَجْرٌ كَرِيْمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan pahala mereka; dan mereka akan beroleh pahala yang mulia.”
Dari firman Allah SWT, jika kita melihat kepada tafsir Ibnu Katsir bahawa jika kita ikhlas bersedekah membantu orang yang memerlukan pertolongan tanpa mengharapkan balasan atau ungkapan terima kasih, maka InsyaAllah Allah SWT akan melipatgandakan kebaikan yang telah dilakukan. Setiap kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat dan juga diberikan hingga tujuh ratus kali lipat bahkan lebih dari itu.
Inshaallah sedekah yang anda berikan akan diagihkan kepada pelajar yatim dhuafa di Indonesia yang memerlukannya dalam bentuk pakej makanan. Semoga Allah SWT membalas kebaikan anda dan sedekah anda dapat menjadi salah satu wasilah terkabulnya doa-doa anda. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Ayuh, jadikan setiap pagi peluang untuk melabur dunia akhirat. Bukalah pintu kebaikan, luaskan amal dengan niat yang ikhlas. Sokong perbuatan baik, dan saksikan keberkatannya dalam hidup kita. Kami tidak pernah jemu mengingatkan anda tentang amalan soleh ini.
Bagaimana cara belajar untuk istiqomah melakukannya?
Salah satu cara anda boleh melakukannya ialah melalui Sumbangan.com dan Asar Humanity.
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
3. Rumah Quran Hidayatullah Kota Gorontalo
4. Maahad Hidayatullah Gorut
Pengagihan bantuan makanan dihantarkan kepada 4 maahad di 3 kabupaten yang berbeda.
1. Maahad Hidayatullah Al Amin
2. Maahad Hidayatullah Putri Limboto
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan
Semoga khabar ini menemui anda serta keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah, Asar Humanity telah melaksanakan kegiatan distribusi makanan siap santap di daerah Gorontalo. Pengagihan bantuan makanan dihantarkan kepada 4 maahad di 3 kabupaten yang berbeda.
1. Maahad Hidayatullah Al Amin
2. Maahad Hidayatullah Putri Limboto
3. Rumah Quran Hidayatullah Kota Gorontalo
4. Maahad Hidayatullah Gorut
Alhamdulillah bantuan pangan ini meringankan dan memenuhi kebutuhan pangan sekitar 350 pelajar maahad tahfiz yatim dan juga dhuafa. Pelajar dan pengurus pondok sangat antusias menyambut kedatangan relawan Ksatria Asar Humanity yang bertugas. Karena selama ini pelajar maahad selalu makan dengan lauk yang sangat sederhana. Sehingga pengagihan bantuan makanan yang berisi nasi, daging ayam, sayuran, menu pelengkap dan air minum menjadi momen berkesan bagi mereka karena bisa menikmati makanan yang lazat dan juga bernutrisi.
Kami juga menghantarkan pakej makanan asas dan barang runcit kepada maahad yang amat memerlukan untuk persediaan makanan selama beberapa minggu hadapan. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan,
Semoga Allah SWT memberikan karunia dan pahala berlimpah dari pada keutamaan sedekah makanan. Serta semoga sumbangan yang telah anda berikan Allah gantikan dengan rezeki dan keberkahan yang berterusan. Jazakumullah khairan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2022