Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM222 / 7.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
11 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Melancarkan kembali kempen menyediakan bahan makanan dan barang runcit bagi warga yang hidup di bawah garis kemiskinan, berjuang keras setiap kali sehari sahaja untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan akses kepada kesihatan. Kita mempunyai kuasa untuk membawa perubahan sebenar.
Kemiskinan merupakan masalah yang meresahkan di Indonesia, yang kini melanda lebih 26 juta rakyat, menurut data terkini Biro Pusat Statistik (BPS) pada 2022. Angka pengangguran, bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan tsunami sering melanda masyarakat kita, memusnahkan rumah dan mata pencarian, dan memaksa ramai orang ke dalam perangkap kemiskinan.
Asar Humanity menjemput anda membantu mereka yang paling memerlukan. Kami menjemput anda semua untuk bersama-sama dalam usaha menangani isu kebuluran dan kemiskinan ini.
Berkongsi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan, terutama pekerja keras yang bertahan di jalanan dan mangsa bencana alam. Dengan sumbangan anda, bermula dari hanya RM10, dana yang dikumpul akan digunakan untuk menyediakan makanan yang berkualiti dan sedia untuk dimakan kepada keluarga yang bergelut dan tidak dapat memenuhi keperluan makanan mereka.
Setiap pakej makanan yang anda bantu akan diagihkan kepada mereka yang menghadapi kesukaran mendapatkan makanan berkualiti terutama mereka yang tinggal di jalanan. Sertai Asar Humanity dalam memerangi kelaparan dan kemiskinan. Setiap derma yang anda berikan mempunyai impak yang besar, membawa harapan dan perlindungan kepada mereka yang memerlukannya. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah ala kulli haal Tim Asar Humanity melawat ke Rumah Singgah Insani Bandung di penghujung bulan suci Ramadhan yang lepas, sambil menghantarkan bantuan pakej makanan asas dan barang runcit lainnya berupa bahan susu, daging sapi segar, daging ayam segar, beras, gula dan bahan pokok lainnya. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Rumah Singgah Insani ini adalah rumah yang dibina oleh Bpk Supendi (Abah Lutung) untuk menampung golongan asnaf yang sedang berjuang berobat dari sakit kanker. Rumah yang diprakarsai dengan biaya sendiri dan juga sokongan orang-orang baik bertujuan menyokong perjalanan rawatan khususnya pesakit yang dirujuk dari kawasan yang jauh dari kota Bandung seperti Kerawang, Tasik, Garut, Cirebon, Subang malah dari luar Provinsi Jawa Barat.
Ramai di kalangan fakir miskin yang ahli keluarga mereka sakit sering kesulitan kerana tidak mempunyai wang untuk tempat tinggal apabila terpaksa pergi ke hospital rujukan untuk mendapatkan rawatan.
Berkat keredhaan Allah SWT dan sokongan anda pasien kanker serta keluarga pasien yang sedang berobat di sini mendapatkan bekalan makanan sihat berkhasiat untuk beberapa hari hadapan.
“Terimakasih para pejuang kemanusiaan, telah menghadirkan senyuman di Rumah Singgah Kanker Insani Bandung. Semoga Allah memberikan keberkahan, panjang umur, sehat untuk para penyumbang”
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 08, 2023