Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM340 / 11.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Semoga Tuan dan Puan dalam keadaaan sehat dan sejahtera. Masih melaporkan langsung dari khemah pelarian mangsa gempa Cianjur. Lebih dari dua bulan berlalu selepas gegaran magnitud 5.6 gempa Cianjur, kehidupan belum baik-baik saja bagi mangsa terjejas. Hal ini berat bagi ibu tunggal dan anak-anaknya yang yatim. Tiada kepala keluarga yang mencari nafkah.
Puan Neneng mengaku pernah bekerja menjadi pekerja di luar negara di Arab Saudi demi memenuhi kebutuhan keluarganya. Namun saat gempa cianjur terjadi tanggal 21 November 2022, ia memutuskan untuk pulang ke kampung halaman menjumpai anaknya yang kurang upaya. Perjuangan Puan Neneng sangat luar biasa memberikan yang terbaik untuk anaknya.
Cerita lain kita dengar dari Puan I’a. Di sebalik kegembiraan anak-anaknya, Puan I'a begitu risau memikirkan 9 anaknya yang masih kecil. Gempa bumi Cianjur meragut suaminya dan rumah yang mereka diami. Sekarang semuanya susah sangat, nak cari rezeki tak boleh kerja kerana tak ada orang jaga 9 orang anak yang masih kecil dan seorang daripadanya berumur 3 bulan.
Tuan dan Puan, Asar Humanity mengajak anda untuk meringankan beban Ibu tunggal menyara kebutuhan sehari-hari. Dengan RM120 anda dapat memberikan makanan asas dan barang runcit lainnya supaya mereka tidak perlu berbelanja lebih untuk kos makanan. Wang yang mereka ada dapat digunakan untuk kos lain.
Semoga Allah SWT melindungi anda dan keluarga. InshaAllah pahala dan rezeki akan digandakan keberkahannya. Jazakumullah khairan. Jika kami mendapati kelebihan sumbangan dari dermawan lainnya, dana juga akan diberikan kepada penerima manfaat lainnya dengan kriteria ibu tunggal hebat mangsa terjejas gempa bumi.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum tuan-tuan dan puan-puan, semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, aamiin
Alhamdulillah, pada hari Selasa, 18 April 2023, pasukan Asar Humanity telah mengagihkan pakej makanan kepada ibu tunggal yang terletak di Desa Angkrong RT 003 RW 003, Talaga, Kecamatan Cugenang, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat. Di mana seramai 12 keluarga telah menerima hadiah yang diberi oleh tuan-tuan dan puan-puan, selain itu sumbangan yang telah tuan/puan sumbangkan ke laman kempen ini telah digabungkan dengan sumbangan dari laman kempen lain untuk memberi manfaat yang lebih meluas.
Ketika pasukan Asar Humanity mengagihkan bantuan daripada tuan-tuan dan puan-puan, warga di Cianjur sangat bersemangat ketika menerima bantuan ini. Selain itu, setiap pakej makanan yang diagihkan mengandungi minyak, gula, tepung, teh, sardin, kopi, susu pekat manis, nasi, sirap, kurma, kicap, sos, mukena dan Al-Quran.
Dengan pakej makanan yang tuan dan puan sediakan, alhamdulillah dapat menampung keperluan makanan mereka untuk beberapa hari akan datang. Begitu juga dengan mukenah dan Al Quran yang diberi, mereka juga boleh menggunakannya untuk beribadat kepada Allah SWT, yang inshaAllah dari setiap ibadah yang mereka laksanakan ada ganjarannya untuk tuan-tuan dan puan-puan.
Semoga ihsan tuan-tuan dan puan-puan Allah SWT ganti dengan sebaik-baik ganjaran dan semoga doa tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga Allah SWT ijabah, aamiin yaa rabbal ‘aalamiin.
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jan 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 26, 2023