Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM310 / 3.88 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
16 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tahukah anda perintah berbuat baik dan menghormati orang tua sering disebutkan dalam Al Quran? Bahkan dalam salah satu ayat Quran iaitu Surah Al Isra ayat 23, perintah berbuat baik kepada orang tua disebutkan setelah perintah beriman kepada Allah SWT. Artinya, “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.” (QS al-Isra’ : 23).
Sebagai sebaik-baiknya hamba Allah yang mengharap ridho-Nya, patutlah kita menyayangi, menghormati, dan memberikan kebahagiaan untuk orang tua kita. Alhamdulillah sebuah berkat besar, kita dianugerahkan orang tua yang senantiasa memberikan kita kehidupan layak, membesarkan kita dengan kebahagiaan dan nasib yang baik.
Namun nasib baik tidak selalu dimiliki orang tua di luar sana. Ialah Kong Jakaria. ‘Kong’ dalam bahasa Indonesia (suku Betawi) untuk sebutan ‘atok’. Kong Jakaria, warga emas berusia 62 tahun yang tinggal sebatang kara di sebuah gubuk kecil di daerah Parung, Bogor. Ia tidak bekerja, namun secara sukarela menyapu jalanan untuk berkegiatan sehari-hari. Ia memiliki uang hanya dari pemberian orang yang bertemu di jalan. Isterinya sudah lama meninggal, ia tidak memiliki anak kandung, anak angkat satu-satunya juga sudah wafat. Sesekali cucu dari anak angkatnya itu yang biasa memberikan bantuan.
Ramai pulak warga emas terabaikan yang tinggal di rumah penjagaan khusus warga emas. Rumah-rumah ini menjadi harapan terakhir orang tua ini melanjutkan kehidupan. Namun sampaikah hati kita melihat orang tua ini hidup telantar? Walaupun mereka bukan ibu bapa kandung kita, mari kita bahagiakan mereka selayaknya orang tua kita sendiri.
InshaAllah bersama Asar Humanity, kita akan agihkan pakej hadiah untuk para warga emas. Di bawah ini ialah pakej yang boleh anda sokong:
1.RM130 untuk perlengkapan ibadah (telekung, sarong, sejadah
2.RM162 untuk pakej barang runcit yang berisi(beras, minyak goreng, sardine, gula pasir, susu, telur, tepung, garam dan teh)
InshaAllah kebahagiaan yang anda hantarkan untuk warga emas ini, akan membuat mereka tersenyum dan bahagia. Semoga Allah SWT limpahi keberkahan, perlindungan serta kelancaran rezeki bagi anda dan keluarga. Amiin ya Rabbal Alamin. Jazakumullah khairan.
Jom#BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum tuan dan puan, semoga selalu dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT
Alhamdulillah, sedekah yang tuan-tuan dan puan-puan telah dihantarkan kepada warga emas pada 29 Oktober 2022 di kawasan Cibinong, Jawa Barat, Indonesia. Pakej makanan ini diagihkan kepada peniaga jalanan, petani, badut jalanan, dan sebagainya. Dan bungkusan ini mengandungi 5 kg beras, 1 kg gula, 2 liter minyak masak, 1 kotak teh, dan 2 tin 150 ml sardin.
InshaAllah pakej makanan ini sangat berguna untuk mereka setiap hari, sebab mereka tidak perlu memikirkan makanan untuk hari esok, kerana sudah ada pakej makanan sebagai hadiah dari tuan-tuan dan puan-puan.
"Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari orang beriman, Allah akan menghilangkan kesusahannya hari kiamat." (Riwayat Abu Hurairah)
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati tuan-tuan dan puan-puan dalam menyebarkan kebaikan di muka bumi ini, dan semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang terbaik di dunia dan di akhirat, aamiin yaa rabbal 'aalamiin.
Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 12, 2022