ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 13, 2024

SEDEKAH PAKAIAN PELAJAR TAHFIZ YATIM

RM367 / 12.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bangunan pesantren hangus terbakar, pelajar tidak mempunyai pakaian dan perlengkapan untuk sekolah. Jom sokong bantuan pakej pakaian untuk pelajar tahfiz yatim yang memerlukan


Khamis, 29 Ogos 2024, Maahad Az Zain mengalami musibah kebakaran hebat. Api melahap majlis, gudang, dan asrama pelajar putra. Alhamdulillah, tidak ada korban jiwa, namun semua barang dan perlengkapan pelajar habis terbakar, termasuk seragam sekolah mereka.



Kini, pelajar-pelajar ini harus kembali bersekolah tanpa pakaian dan perlengkapan yang layak. Tragedi ini tidak hanya menimpa Maahad Az Zain, tetapi masih banyak pesantren lain yang juga kekurangan pakaian dan keperluan asas bagi para pelajar mereka.



Rasulullah SAW bersabda:


"Barang siapa meringankan beban seorang Muslim di dunia, Allah akan meringankan bebannya di akhirat."

(HR. Muslim)


ASAR Humanity menjemput anda untuk bersedekah dalam bentuk paket pakaian dan perlengkapan sekolah bagi pelajar-pelajar di Pondok Pesantren Az Zain dan pesantren lain yang memerlukan. Pelajar-pelajar ini adalah harapan masa depan umat. Dengan membantu mereka mendapatkan pakaian yang layak, kita turut menyokong generasi penerus yang akan menjaga agama dan moral bangsa.



Bantuan anda bukan hanya meringankan beban mereka, tetapi juga menjadi amal jariyah yang pahalanya terus mengalir, insya-Allah. Sedekah terbaik anda akan diagihkan dalam bentuk bantuan pakaian, perlengkapan ibadah, dan lain sebagainya untuk pelajar di Maahas Az Zain ataupun di maahad lainnya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat