Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM270 / 9.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
15 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Memasuki akhir-akhir bulan Syaaban, sudah hampir bulan Ramadan, bulan yang sangat kita tunggu, tak terkecuali semua umat Islam di dunia. Ketika kita berbuka puasa dalam kemesraan keluarga dan rakan-rakan, berjuta-juta orang di Yaman terus berjuang untuk memenuhi keperluan asas mereka, terutamanya di tengah-tengah konflik yang berterusan.
Yaman, bukan sahaja mengalami penderitaan fizikal, tetapi juga penderitaan emosi dan ekonomi yang mendalam. Dengan puluhan ribu nyawa telah terkorban dan berjuta-juta lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka, keadaan ini telah mewujudkan krisis kemanusiaan yang memerlukan perhatian dan bantuan segera.
Di bandar Taizz misalnya, penduduk terpaksa bertahan dalam keadaan yang amat sukar. Mereka bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk mendapatkan air bersih, dan makanan yang mereka terima selalunya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka, terutamanya untuk kanak-kanak yang paling terdedah kepada penyakit kurang gizi.
Di akhir bulan Syaaban ini, mari kita menanamkan benih amalan dengan bersedekah juadah berbuka puasa yang berkhasiat di bulan Ramadan ini, kita dapat memberi harapan dan kegembiraan kepada mereka yang ditimpa musibah. Ramadan ini kita maknai dengan berbagi keberkahan kepada sesama Muslim yang sedang berpuasa.
InshaAllah sedekah anda dapat menyediakan mereka dengan pakej berbuka puasa yang berisi nasi, protein, jus, buah-buahan dan air minuman. Dengan cara ini, kita dapat membantu memastikan mereka tidak perlu risau tentang makanan ketika berbuka puasa di bulan Ramadan. Sebelumnya sumbangan anda telah berjaya dihantarkan kepada saudara kita di Ma’rib dan Taiz. Jangan berhenti di sini! Ayuh kongsikan kehangatan bulan Ramadhan bersama saudara-saudara kita yang memerlukan di Yaman.
Semoga Allah SWT memberkati setiap kebaikan yang kita lakukan dan memberikan rahmatNya kepada kita dan keluarga kita. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 29, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Feb 29, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Feb 28, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2024