Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM180 / 6.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
10 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ketika kita menikmati berbuka puasa di tengah-tengah kemesraan keluarga dan rakan-rakan, berjuta-juta orang di Yaman terus berjuang untuk memenuhi keperluan asas mereka, terutamanya dalam keadaan konflik yang teruk.
Yaman, sebuah negara yang dilanda konflik berpanjangan, bukan sahaja mengalami penderitaan fizikal, tetapi juga penderitaan emosi dan ekonomi yang mendalam. Dengan puluhan ribu nyawa telah terkorban dan berjuta-juta lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka, keadaan ini telah mewujudkan krisis kemanusiaan yang memerlukan perhatian dan bantuan segera.
Di bandar Taizz, misalnya, penduduk terpaksa bertahan dalam keadaan yang sangat sukar. Mereka terpaksa bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk mendapatkan air bersih, dan makanan yang mereka terima selalunya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka, terutamanya untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Namun, kita berpeluang untuk melakukan perubahan positif dalam hidup mereka. Dengan menyediakan juadah berbuka puasa yang berkhasiat di bulan Ramadan ini, kita dapat memberi harapan dan kegembiraan kepada mereka yang sedang menderita. Setiap sumbangan, tidak kira berapapun, akan membuat perubahan besar dalam kehidupan mereka.
Mari kita satukan hati kita bersama-sama dan berikan sumbangan kita untuk mengurangkan penderitaan yang mereka alami. Dengan hanya RM10, kitaboleh menyediakan mereka dengan pakej juadah berbuka puasa yang merangkumi nasi, protein, jus, buah-buahan dan air minuman. Dengan cara ini, kita dapat membantu memastikan mereka tidak perlu khawatir makan dengan lauk apa ketika berbuka puasa di bulan Ramadan.
Jom kongsikan kemeriahan bulan Ramadhan bersama saudara-saudara kita yang memerlukan di Yaman. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kebaikan yang kita lakukan dan memberikan rahmat-Nya kepada kita dan keluarga kita. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Alhamdulillah ala kulli haal. Hari ini kami ingin menyampaikan cerita penuh kegembiraan datang dari Yaman. Berkat ridho Allah SAW dan sokongan anda pada kempen makanan berkhasiat untuk saudara-saudara kita di Yaman, tim Asar Humanity berjaya mengagihkan pek iftar yang berisi nasi rempah, ayam golek, air mineral, dan apel. InshaAllah makanan hangat ini menjadi makanan yang lazat bertenaga untuk berbuka puasa bagi masyarakat miskin wilayah Al Mudhaffar, Alnuwr, Taiz, Yaman. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan.
Lihatlah betapa hidangan ayam golek sungguh menggembirakan mereka! Semoga Allah SWT memberikan ganjaran dan keberkatan yang berlipat ganda kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
MUHAMMAD TAUFIK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Feb 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2024