Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM140 / 4.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
11 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Permulaan tahun sering menjadi sumber kebahagiaan bagi ramai orang, tetapi malangnya, kisah ini tidak selalu berlaku untuk orang miskin di Yaman. Bagi mereka terutama pada musim sejuk, awal tahun bukanlah permulaan yang penuh harapan, tetapi mungkin masa yang membawa ancaman kematian akibat kekurangan bekalan makanan.
Dalam keadaan yang membimbangkan ini, dalam persiapan menyambut tahun baru dengan penuh kegembiraan, janganlah kita lupa kepada saudara-saudara kita di Yaman yang sedang berjuang untuk terus hidup. Musim sejuk bukan sahaja cuaca sejuk, tetapi juga tempoh apabila keperluan makanan menjadi lebih mendesak dan kritikal.
Asar Humanity menjemput anda untuk bersama-sama menjadi sinar harapan bagi mereka yang menghadapi cabaran yang serius. Mereka masih butuh kebaikan dan bantuan dari kita. Dengan menderma mulai RM10, kita dapat memberikan hidangan panas untuk keluarga miskin di Yaman.
Bersama-sama, mari jadikan permulaan tahun ini sebagai detik di mana kebaikan dan kemanusiaan kita bersinar seterang mungkin di tengah-tengah kegelapan musim sejuk mereka. Menderma sekarang dan mari mencipta permulaan tahun yang lebih hangat untuk mereka yang memerlukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah ala kulli haal. Berkat ridho Allah SAW dan sokongan anda pada kempen makanan berkhasiat untuk saudara-saudara kita di Yaman, tim Asar Humanity berjaya mengagihkan pek iftar yang berisi nasi rempah, ayam, kurma, air mineral, pisang dan apel. InshaAllah makanan hangat ini menjadi makanan yang lazat bertenaga untuk berbuka puasa bagi masyarakat miskin wilayah Al Mudhaffar, Alnuwr, Taiz, Yaman. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan.
Tak henti kami ucapkan terima kasih. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya.
Berkongsi kebahagiaan bersama mereka yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 02, 2024