Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM190 / 6.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Asar Humanity yang selama ini dengan bantuan dan sumbangan tuan dan puan, bertungkus-lumus menghulurkan bantuan, kami ingin bantuan dan kebahagiaan yang sudah kita hantarkan tak hanya berhenti di bulan yang lepas. Berjuta-juta rakyat Yaman yang terkandas memerlukan sokongan kami dengan segera. Sistem kesihatan negara bergelut untuk bertindak balas terhadap lonjakan permintaan semasa musim sejuk, manakala kemiskinan berleluasa dalam kalangan yang paling terdedah, terutamanya wanita dan kanak-kanak.
Menurut laporan Bank Dunia, 71% hingga 78% rakyat Yaman hidup dalam kemiskinan, dan sekitar 20.7 hingga 23 juta orang berjuang untuk memenuhi keperluan asas. Musim sejuk adalah ujian tambahan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal dan kehidupan normal akibat konflik.
Masih ingat detik indah apabila sumbangan anda menyentuh hati rakyat Yaman pada Ramadan lalu? Kegembiraan mereka apabila mendapat makanan yang berkhasiat menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Walau bagaimanapun, kami ingin terus memberikan kegembiraan ini, memastikan mereka mendapat makanan yang mencukupi sepanjang musim sejuk yang teruk ini.
Asar Humanity menjemput anda untuk menyertai kempen ini dengan membuat sumbangan anda. Bermula dari RM10, anda boleh menyediakan makanan panas berkualiti kepada keluarga miskin di Yaman. Jangan biarkan kebahagiaan mereka terhenti di situ. Dengan bantuan anda, kami boleh menyelamatkan nyawa, memberikan kehangatan dan menjadikan musim sejuk mereka lebih dekat dengan kebaikan dan harapan.
Jangan biarkan suhu sejuk membekukan kebimbangan kita. Menderma sekarang dan sertai usaha besar ini untuk memberikan kemakmuran kepada saudara-saudara kita di Yaman. Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan yang nyata.
Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan dan Puan serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MUHAMMAD TAUFIK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2023
MUHAMMAD TAUFIK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 23, 2023