Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM460 / 15.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
20 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah akan melapangkan satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat”.
Tolong-menolong adalah salah satu perkara yang paling penting kerana jika kita menolong orang lain dari kesusahan yang mereka hadapi, maka Allah SWT akan menolong kita dari kesusahan yang mungkin menimpa kita pada hari kiamat. Kadang-kadang, dalam perjalanan kita melawat sesuatu tempat, Allah pertemukan kita dengan orang yang susah nak cari rezeki. Jika difikirkan dengan lebih mendalam, pertemuan yang terjadi itu boleh jadi takdir yang Allah tunjuk untuk kita membantu mereka yang memerlukan ini.
Kerana masih banyak orang yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Bukan sahaja dari segi pakaian tetapi juga dari segi makanan dan tempat tinggal. Padahal itu adalah perkara asas bagi manusia untuk memenuhi keperluan hidup.
Salah satunya adalah seperti seorang wanita dengan dua anaknya yang berasal dari DKI Jakarta. Dimana ia tidak memiliki rumah untuk menetap. Apabila malam tiba, dia akan mencari kedai yang tutup untuk tidur dan apabila pagi tiba, dia akan meninggalkan kedai untuk mencari barang buruk yang bisa dijualnya. Dengan keadaan serba kekurangan, kadang-kadang membuat mereka tertanya-tanya "bagaimana kita akan makan esok?". Hal ini menyebabkan untuk memenuhi makanan yang berkhasiat terabai kerana dengan mereka dapat makan sahaja itu sudah baik untuk mereka.
Melalui program sedekah makanan berkhasiat, marilah kita bersama-sama membantu orang-orang yang memerlukan bantuan untuk memenuhi makanan berkhasiat untuk mereka. Sedekah yang anda berikan akan disalurkan kepada warga dhuafa di Indonesia dalam bentuk pakej makanan berkhasiat. Berapa sahaja sedekah yang anda berikan, inshaAllah akan amat berguna kepada penerima manfaat. Dan semoga apa yang anda berikan Allah SWT gantikan dengan balasan yang terbaik.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Semoga tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan kebahagiaan daripada Allah SWT, aamiin
Alhamdulillah atas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dalam sedekah untuk membantu insan dhaif melalui pakej makanan, sebanyak 30 insan dhaif telah menerima pakej makanan dari tuan-tuan dan puan-puan. Yang mana pakej makanan ini dihantarkan pada hari Rabu tanggal 23 November 2022 ke Rumah Penampungan Ibu Peduli yang terletak di Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Indonesia.
Rumah Singgah Bunda Peduli ini telah berdiri sejak tahun 2020 pada masa Covid-19, dan insan yang tinggal disini berasal dari latar belakang yang berbeza dan berbagai daerah yang berbeza, seperti Padang, Maluku, NTT, dan sebagainya.
Melalui pakej makanan yang tuan-tuan dan puan-puan sediakan, para penerima manfaat yang tinggal di sini merakamkan rasa terima kasih atas bantuan yang telah diberikan. Semoga Allah SWT membalas budi tuan-tuan dan puan-puan dengan balasan yang terbaik, aamiin yaa rabbal 'aalamiin.
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 19, 2022
MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 19, 2022