Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM165 / 5.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
11 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di tengah realiti kehidupan seharian, kita melihat berpuluh-puluh anak yatim yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pendidikan berkualiti dan memenuhi keperluan asas terutama dari segi makanan. Walaupun terperangkap dalam keadaan ekonomi yang sukar, setiap kanak-kanak berhak untuk mengalami kemesraan dan peluang yang sama seperti kanak-kanak lain.
Maahad dhuafa adalah sebuah institusi amat percaya bahawa pendidikan adalah kunci untuk membuka pintu kepada masa depan yang lebih baik. Namun, tanpa sokongan kewangan yang mencukupi, ramai anak yatim bergelut untuk mencapai potensi penuh mereka. Ajaran Nabi Muhammad SAW dengan tegas menekankan bahawa pemberian bantuan kepada anak yatim adalah satu bentuk kepedulian yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mencapai rahmat-Nya.
Asar Humanity menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini, Terawal tahun baru, sumbangan bermula daripada RM10 memberi impak yang besar dalam memberi makna kepada kehidupan anak-anak yatim ini.
Dalam kempen ini, fokus utama kami adalah memberi bantuan makanan berkhasiat kepada anak-anak yatim di maahad dhuafa. Sumbangan anda bukan sahaja akan memenuhi keperluan asas mereka, tetapi juga merealisasikan impian mereka meraih masa depan yang lebih baik.
Terima kasih atas perhatian dan sumbangan anda dalam mencipta kebaikan dan kebahagiaan anak-anak yatim. Mari kita cipta perubahan positif yang mampan dalam kehidupan mereka bersama-sama. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan ganjaran yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sekeluarga serta memberkati kamu dengan rahmat dan keampunanNya.
Alhamdulilah, ala kulli haal, pasukan Asar Humanity telah berjaya menyampaikan bantuan daripada Tuan Puan berupa keperluan asas berupa beras, minyak masak, tepung, gula dan lain-lain barangan runcit kepada pelajar di Pinjaman YAFAMA. Pondok pesantren Maka Janapria. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Semoga gerakan ini menjadi wasilah Allah Ridho kepada kita, dan menjadi ladang amal, pahala jariah ini terus mengalir kepada para penyumbang yang senantiasa selalu menyisihkan sebagian hartanya untuk membantu pelajar tahfiz Al Quran di luar bandar.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 05, 2024
RASIDAH ABD HAMID
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 05, 2024
MOHAMAD DANIEL HAFIZ B ISA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 05, 2024