Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM645 / 21.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
45 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Melancarkan kembali kempen operasi dapur masak di Gaza untuk warga pelarian akibat dari serangan Zionis. Akhir tahun yang lepas hingga beberapa hari terawal tahun baru, tim Asar Humanity di Gaza menyokong dapur masak di kawasan Daar el balah, Gaza Tengah. Pasukan kami menyaksikan sendiri betapa sesaknya kehidupan di kem sementara, mereka kekurangan bahan makanan sehingga teramat kelaparan. Bantuan dari sumbangan yang anda hantarkan alhamdulillah mengisi perut kosong mereka. Barakallahu fiikum semua!
Tapi kita tidak boleh berhenti di sini. Bahkan sampai hari ini walaupun perkara genosida yang dilakukan Zionis dan sekutunya sudah masuk Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), pasukan tentara zionis masih membombardir pemukiman warga. Hasbunallah wanikmal wakiil.
Asar Humanity menjemput anda semua untuk menderma bermula dari RM10, untuk menyertai usaha mengumpul dana bagi menyokong operasi berterusan dapur memasak di Gaza.
Walaupun kita sedar bahawa akses ke Gaza dihadkan oleh sekatan Zionis, kita tidak boleh berdiam diri. Hari ini, perpaduan kita adalah kekuatan utama. Marilah kita bersatu hati menghulurkan bantuan dalam menyediakan makanan melalui operasi dapur awam yang boleh diagihkan kepada pelarian daripada serangan di Gaza, memastikan makanan sampai ke tangan saudara-saudara kita di Gaza.
InshaAllah bersama-sama, kita boleh membantu perjuangan mereka mempertahankan tanah air Palestina dan merebut kembali pembebasan Al Aqsa. Semoga Allah memberikan perlindungan dan keberkahan yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 13, 2024