Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN BERGERAK AMAL KEBAJIKAN TARBIAH INSAN SABAH (BAKTI)
Dimulakan pada Dec 13, 2022
RM3,826 / 2.94 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM130,000
194 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ramadhan semakin dekat, kurang 3 bulan lagi. Bagi saudara ku yang beragama islam di tempat lain. Sudah pasti mempunyai keselesaan untuk melakukan ibadah di surau atau masjid yang serba lengkap. Namun, bagi penduduk di Kampung Tajau Laut, Kudat Sabah, sudah pasti mereka amat merindui keselesaan yang menggembirakan mereka dengan suasana masjid yang serba lengkap.
Pada bulan Ramadhan pada tahun lalu, kebimbangan yang disuarakan oleh jemaah terhadap keadaan bangunan masjid yang sudah lama dan memerlukan penambahbaikan masjid. Penduduk amat mengharapkan keadaan masjid akan menjadi lebih baik dengan penambahbaikan yang dilakukan dan mempunyai kesempatan meraikan Ramadhan yang datang dengan penuh keberkatan. Antara penambahbaikan yang akan dilakukan adalah seperti berikut:
1. Tukar bumbung
2. Pasang mimbar khutbah
3. Tinggikan bumbung
4. Tukar siling
5. Cat luar dan dalam
6. Tukar pagar dari chain link fence ke bata
Setidak-tidaknya harapan penduduk agar bumbung dapat disiapkan dengan segera kerana siling dan bumbung bocor menyebabkan air hujan masuk dalam masjid. Kita bantu selagi perlu, kongsi selagi mampu. Sama-samalah kita berikhtiar membantu mereka yang amat memerlukan. Sekaligus mengembalikan suasana beribadah yang cukup selesa di dalam bulan Ramadhan yang akan datang. Besarlah harapan kami untuk kita semua saling membantu dan menghulurkan sumbangan. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 16, 2022
MEOR ROSAZMAN BIN MD IDRIS
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 16, 2022