Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN BERGERAK AMAL KEBAJIKAN TARBIAH INSAN SABAH (BAKTI)
Dimulakan pada Apr 19, 2022
RM1,725 / 3.45 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
90 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt, para dermawan dan para penyumbang yang di kasihi, kami di PERTUBUHAN BAKTI SABAH terpanggil untuk menjalankan kempen Bantuan Mangsa Kebakaran Di kampung sabah baru Lahad Datu, yang mana masyarakat di kampung tersebut, sering kali berlakunya kebakaran rumah mereka. Di mana mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan jadi di sini marilah kita bersama sama berkongsi rezeki membantu mereka ini bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."( Hadis Riwayat Tabrani)
Bantuan yang akan diberikan secara barangan keperluan asas kepada pengurusan mangsa kebakaran di kg tersebut. Kami menganggarkan sebanyak 30 - 40 penerima manfaat dan 1 keluarga akan mendapat BARANGAN KEPERLUAN ASAS iaitu di bawah RM 100 melalui kempen ini. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh. Kebakaran ini juga melibatkan beberapa jembatan berdekatan di kampung tersebut.
Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka!
ALLAHUAKBAR!!!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulilah Bertarikh 30.4.2022 ( SABTU ) segala puji bagi Allah Tuhan yg maha Agung, segala limpah kurnianya serta dgn izinnya kami berpeluang untuk menyerah BANTUAN MAKANAN ASAS DAN SEDIKIT WANG TUNAI KEPADA WARIS KANAK KANAK RENTUNG MANGSA KEBAKARAN DI KG SABAH BARU LAHAD DATU SABAH. Segalanya berjalan dgn lancar Amiinnnn.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ORANG RAMAI kerena sudi bersama sama kami berkongsi rezeki untuk menjaya Kempen ini..Amiinnn
Jika ada lagi sumbangan melalui Kempen ini kami akan menghantar bantuan lagi.
Sekian dan terima kasih
Berbakti Dan Berbuat Baik
Berbakti Kepada Masyarakat
Alhamdulilah bersyukur kepada ALLAH S.W.T dgn izinnya kami membuat keputusan untuk berbincang menentukan tarikh penyerahan bantuan makanan asas kepada mangsa kebakaran di KG SABAH BARU LAHAD DATU, SABAH, dengan sebulat suara kami akan LAHAD DATU pada 30.4.2022 bersamaan hari SABTU. Semoga apa yg di rancang dapat berjalan dgn lancar AMIINNN..
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 21, 2022
NORMAH YAAKOP
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 21, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 21, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM200.00
Apr 21, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 21, 2022