BANTUAN KECEMASAN MANGSA BENCANA ALAM DI KG FOREST SANDAKAN

RM265 / 0.53 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.


Allahuakbar! Kasihannya mereka malang tidak berbau, bencana alama melanda Kampung Forest Sandakan Sabah mengakibatkan lebih 100 buah rumah di kampung tersebut telah roboh.


Assalamualaikum wbt, para dermawan dan para penyumbang yang di kasihi. Kami di Pertubuhan Bakti Sabah terpanggil untuk menjalankan kempen Tabung Kecemasan Mangsa Bencana Alam Di Kampung Forest Sandakan Sabah, yang mana penduduk di kampung tersebut. Mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan, jadi di sini marilah kita bersama sama berkongsi rezeki membantu mereka ini bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung.




Dianggarkan lebih 100 rumah di perkampungan atas air roboh akibat dipukul ombak dan angin kencang dalam kejadian di Jalan Buli Sim-Sim Kampung Forest. Dalam kejadian kira-kira jam 10 itu, dianggarkan 500 rumah turut terancam berikutan fenomena air pasang di kawasan berkenaan. 


Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan melaporkan pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib 2 telah dibuka bagi menempatkan semua mangsa yang terjejas di Kampung Forest. Seramai 162 mangsa dari 29 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Forest telah dikenal pasti terjejas akibat ribut dan dipindahkan ke PPS berkenaan. Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di PPS seluruh Sabah termasuk mangsa banjir ialah seramai 1,149 daripada 284 KeIuarga.



Bantuan yang akan diberikan secara barangan keperluan asas kepada pengurusan mangsa kebakaran di kg tersebut. Kami menganggarkan sebanyak 100-150 penerima manfaat dan 1 keluarga akan mendapat barangan keperluan asas iaitu di bawah RM100 melalui kempen ini. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh. Marilah bersama kami berkongsi rezeki untuk membantu mangsa kebakaran di kampung tersebut, kalau bukan kita siapa lagi.




Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."( Hadis Riwayat Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 08, 2023

UWAIS AL-QARNI BIN KHAIRUL ANWAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Kempen Sumbangan Tamat