Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN BERGERAK AMAL KEBAJIKAN TARBIAH INSAN SABAH (BAKTI)
Dimulakan pada Mar 18, 2022
RM3,970 / 3.97 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000
197 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kasihannya mereka malang tidak berbau, kebakaran melanda Kampung Kurnia Jaya Bt4 Jalan Apas TAWAU sekali lagi. Api marak secara berterusan telah mengakibatkan 3 jembatan dianggarkan 700 buah rumah di kampung tersebut telah musnah dan kali ini menyebabkan hampir semua jembatan jembatan di kampung tersebut ranap di mamah api.
Assalamualaikum wbt, para dermawan dan para penyumbang yang di kasihi, kami di PERTUBUHAN BAKTI SABAH terpanggil untuk menjalankan kempen Bantuan Mangsa Kebakaran Di kg kurnia jaya bt4 jalan apas tawau, yang mana masyarakat di kg tersebut, sering kali berlakunya kebakaran rumah mereka. Di mana mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan jadi di sini marilah kita bersama sama berkongsi rezeki membantu mereka ini bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."( Hadis Riwayat Tabrani)
Bantuan yang akan diberikan secara barangan keperluan asas kepada pengurusan mangsa kebakaran di kg tersebut. Kami menganggarkan sebanyak 700 - 800 penerima manfaat dan 1 keluarga akan mendapat BARANGAN KEPERLUAN ASAS iaitu di bawah RM 100 melalui kempen ini. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh.
Kebakaran ini melibatkan beberapa jembatan berdekatan di kampung tersebut.
Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka!
ALLAHUAKBAR!!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah pada 2.4.2022 Hari Sabtu..selesai menyerahan bantuan MAKANAN ASAS FASA 1 Sebanyak 150 pek makanan asas telah di serahkan kepada PUSAT PENGURUSAN MANGSA KEBAKARAN DI KG KURNIA JAYA BT4 TAWAU, Yang mana 150 keluarga akan menerima manfaatnya. Kami dengan rendah diri mengucap berbanyak banyak terima kasih kepada penyumbang2 kami yang sanggup berkongsi rezeki bersama kami bagi menjaya misi ini. JIKA ada rezeki lagi di masa akan dtg kami akan menjayakan misi bantuan ini untuk FASA yang ke 2...KEPADA PENYUMBANG2 KAMI, KAMI DOAKAN SEMOGA SAUDARA DAN SAUDARI DI MURAHKAN REZEKI YANG BERKAT DAN DI BERI KESIHATAN YANG BAIK SERTA DI BERI PAHALA YANG BERPANJANGAN AMIN/// INSHA ALLAH...SOKONG LA KEMPEN KAMI UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN..ALLAHUAKBAR...
persiapan penyerahan esok.
Assalamualaikum,yang terkini Gabungan bersama NGO lain.. menghantar makanan makanan asas kepada mangsa kebakaran kg kurnia jaya bt4 Tawau.
Assalamualaikum wbt, untuk makluman semua pada tarikh seperti di atas kami akan menghantar bantuan terus ke mangsa kebakaran kg kurnia jaya bt4 jalan apas tawau.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 25, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 25, 2022
SAHIDAN BIN ABD JALIL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 25, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 25, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 24, 2022