ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Oct 02, 2024

INFAQ MAKANAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KEMBOJA

RM50 / 0.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

3 Penyumbang

19 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Mereka Dilanda Musibah Banjir! Hulurkan Pertolongan Anda!


Tonton Video Pendek Agihan Kami Di Kemboja


Ucapan terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada kempen ini sebelum ini. Alhamdulilah, pada minggu terakhir bulan September yang lalu, kami dapat mengagihkan 100 pek makanan kepada penduduk yang terjejas dengan banjir di Kampung Preaek Krouch, Soay, Peus dan Ampil di Daerah Krouch Chhmar, Wilayah Tboung Khmum.



Walaupun kebanyakan rumah dan harta benda mereka boleh dikatakan selamat kerana rumah yang mereka bina agak tinggi dari aras tanah dan air banjir, hasil tanaman mereka kebanyakannya musnah akibat ditenggelami air banjir, Bagi meringankan beban kehilangan mereka, sukarelawan kami turun membantu seramai yang boleh.



Namun, masih ramai yang perlu dibantu dan kempen ini diadakan untuk mencapai tujuan tersebut. Walaupun krisis di timur tengah amat memerlukan perhatian semua, musibah yang melanda Kemboja ini janganlah ditolak ke tepi dan diabaikan. 



Terima kasih diucapkan kepada semua yang membaca dan seterusnya menyumbang kepada kempen ini.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 03, 2024