Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,680 / 21.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
87 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Banjir yang menghempas sebahagian besar bangunan Maahad Al Insyirah di Desa Leuwiliang, Bogor, Indonesia menjadi rosak teruk. Banjir ini juga menghanyutkan pelbagai kelengkapan ibadah, Quran, dan kitab-kitab milik pelajar tahfiz. Saat banjir menghentam, mereka cuma berupaya menyelamatkan sebarang benda yang boleh dibawa. Namun tidak banyak yang dapat mereka selamatkan. Kegiatan belajar pun tidak dapat dilakukan dikarenakan bangunan yang rosak serta kitab-kitab dan Al Qur’an hanyut terbawa banjir bandang.
Kekurangan ini juga dirasakan oleh pelajar tahfiz Maahad Ad Darusiyah dan Maahad Sohibul Quran di Cianjur. Pelajar tahfiz yang belajar dan bermukim di kedua maahad ini berasal dari keluarga miskin dan beberapa dari mereka adalah anak yatim. Keterbatasan kewangan keluarga memaksa mereka bertahan dengan kelengkapan seadanya. Peralatan ibadah yang dah usang, bau, mereka pakai terus untuk solat dan beribadah sehari-hari. Bukan mereka tak mau mengganti dengan yang baru tapi terpaksa karena kekangan kos.
Masih keraskah hati kita melihat berita ini. Anak-anak soleh dan solehah yang sedang berjuang mempertahankan ilmu agama. Mari kita bantu kelengkapan solat dan mengaji untuk tahfiz miskin di sebaran maahad yang tak berkemampuan.
InshaAllah sumbangan dari Anda akan diagihkan dalam bentuk: telekung, sejadah, kain pelikat, baju ibadah, serta Quran dan kitab-kitab.
“Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahim, sedangkan yang paling cepat mendatang kan keburukan ialah balasan (siksaaan) bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan” (HR Ibnu Majah)
InshaAllah keikhlasan dan dukungan anda akan Allah SWT limpahi keberkahan, perlindungan serta kelancaran rezeki bagi anda dan keluarga. Amiin ya Rabbal Alamin. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, kebaikan tuan-tuan dan puan-puan telah sampai kepada pelajar tahfiz di maahad Hidayatullah yang terletak di wilayah Gorontalo, Indonesia pada hari Selasa, 15 November 2022 dan Maahad Sunan Ampel Denta di Bandar Lampung, Lampung, Indonesia pada hari Isnin, 28 November 2022.
Seramai 24 orang pelajar dari maahad Hidayatullah dan 48 orang pelajar di maahad Sunan Ampel Denta mendapat manfaat daripada kebaikan tuan-tuan dan puan-puan.
Di maahad Hidayatullah sendiri para pelajar dijemput untuk membeli-belah alatan solat yang boleh mereka pilih mengikut kemahuan masing-masing. Dan keghairahan pelajar yang luar biasa ketika memilih alatan solat yang mereka gemari. Sementara itu, di Maahad Sunan Ampel Denta, peralatan solat dihantar oleh pasukan Asar Humanity pada pukul 13:00 waktu tempatan. Manakala peralatan solat yang diagihkan adalah berupa mukena, sejadah, dan baju koko untuk pelajar lelaki.
Majoriti pelajar penerima manfaat terdiri daripada pelajar yatim dan dhuafa tahfiz yang kebiasaannya hanya dapat merasai keseronokan memiliki alat solat sejurus menjelang Aidilfitri.
Dengan adanya program ini, diharapkan akan lebih ramai lagi pelajar seumpamanya yang dapat memiliki alat solat yang lebih sesuai digunakan ketika bersolat, agar mereka lebih bersemangat untuk belajar dan menghafaz Al-Quran.
Selain itu, Ustadz dari Maahad Hidayatullah Gorontalo Utara dan Maahad Sunan Ampel Denta mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan, sebaliknya semoga para penyumbang yang menghulurkan bantuan ini akan dilipatgandakan oleh Allah SWT dan segala kebaikan yang telah disalurkan kepada pelajar.
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan atas kebaikan yang telah diberikan dengan memberi sedekah untuk membantu pelajar tahfiz miskin di Indonesia.
Alhamdulillah, pada 9 November 2022, telah dihantarkan sedekah tuan dan puan kepada para pelajar di maahad Arrasyid Dinoyo yang terletak di Malang Jawa Timur dan maahad Ummah Wahidah Tambaharjo yang terletak di Pati Jawa Tengah.
Sedekah tuan dan puan telah diagihkan dalam bentuk mushaf Al-Quran kepada 80 orang pelajar di dua maahad tersebut. Di mana rata-rata pelajar di dua maahad tersebut berasal dari wilayah timur Indonesia dan datang ke pulau Jawa yang jaraknya lebih kurang 1,582 KM semata-mata untuk mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.
Alhamdulillah, sedekah yang tuan dan puan sumbangkan sangat bermanfaat untuk pelajar di dua maahad tersebut, dan mereka ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang yang telah membantu menyediakan Al-Qur'an yang dapat mereka gunakan untuk menghafaz Al-Qur'an.
Semoga Allah SWT membalas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dengan balasan yang terbaik, dan mudah-mudahan ini menjadi salah satu wad doa tuan-tuan dan puan-puan, aamiin yaa rabbal 'aalamiin.
Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 09, 2022