MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG HILIR SIBU PERLU BANTUAN SEGERA

RM165 / 1.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

5 Penyumbang

33 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bersama kami membantu mangsa kebakaran di Kampung Hilir. Rumah mereka musnah sepenuhnya dan kini mangsa tinggal di rumah saudara sehelai sepinggang. Ayuh kita bantu!


Seramai 156 penghuni terdiri daripada 17 rumah di Kampung Hilir, Sibu hilang tempat berteduh selepas rumah yang didiami musnah terbakar sekitar jam 6:30 petang, Ahad lalu. Kesemua 17 buah rumah yang terlibat dalam tragedi berkenaan telah musnah 100% berikutan keadaan rumah kayu dan juga jarak antara rumah berdekatan menyebabkan api mudah merebak. Ia juga disebabkan faktor angin yang agak kuat pada masa kejadian.



Keadaan rumah yang sedang dijilat api dan pihak BOMBA cuba untuk mengawal daripada terus merebak ke rumah lain


Punca awal yang dikenalpasti ialah berpunca daripada litar pintas salah sebuah rumah berkenaan. Kejadian yang cepat dalam sekelip mata tersebut menyebabkan tidak ada satu pun barangan yang sempat diselamatkan dan alhamdulillah yang paling penting ialah semua penghuni selamat dalam kebakaran. 



Keadaan yang menyayat hati apabila rumah tersebut terbakar 100% dan tidak ada barang yang dapat diselamatkan


Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat bukan hanya untuk kita malah untuk ahli keluarga yang kita sayangi sekali. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi bermakna di mata mereka. 



Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka. Sasaran kami ialah untuk mengumpul sebanyak RM 15,000 dan setiap keluarga akan menerima sebanyak RM1,000 untuk kegunaan keluarga mereka. Sabda Rasulullah SAW:


"Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."

(Hadis Riwayat Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan