ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 21, 2024

INFAQ ZULKAEDAH PAKEJ MAKANAN ASAS HARIAN PELAJAR MAAHAD DHUAFA

RM135 / 4.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari maksimalkan amalan di bulan haram Zulkaedah dengan bersedekah makanan asas dan barang runcit bagi anak-anak pelajar tahfiz dhuafa yang kesulitan menyara makanan berkhasiat!


Memandangkan minggu kedua bulan Zulkaedah semakin hampir, marilah kita bersama-sama mengisi bulan yang mulia ini dengan berkongsi kegembiraan buat pelajar di pedalaman. Asar Humanity, dengan komitmen yang tinggi, mengajak anda untuk mengambil bahagian dalam amal kebajikan dengan memberikan bantuan makanan asas kepada pelajar di maahad tahfiz. Anak-anak yatim piatu, daif dan fakir miskin di pelbagai maahad masih sangat memerlukan sokongan kita agar dapat terus mengejar impian dalam menuntut ilmu Al-Quran dan ilmu agama.



“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (At-Taubah 9:36)




Tiada sumbangan yang terlalu kecil, sebarang bantuan daripada anda akan memberi mereka tenaga dan harapan baharu. Dengan hanya RM10, anda boleh menyediakan bahan makanan berkualiti seperti beras, minyak masak, telur, susu dan bahan makanan lain sebagai hantaran dari kami kepada mereka.




Marilah kita tunjukkan bahawa rasa ihsan tetap menjadi pendorong utama dalam hati kita, sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sertai kami meraikan semangat Zulkaedah dengan berkongsi kegembiraan bersama pelajar maahad yang memerlukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 23, 2024

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 22, 2024

Kempen Sumbangan Tamat