Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM185 / 6.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Adakah anda masih ingat kisah yang mencuit hati, seperti kisah Nenek Jaria dan Nenek Enah? Biarpun usia telah mewarnai perjalanan hidup mereka dengan pelbagai kepahitan, namun semangat untuk meneruskan hidup masih membara di hati. Nenek Jaria, warga emas yang masih gigih mencelah kemiri, dan Nenek Enah yang mengutip sampah setiap hari untuk mencari rezeki, adalah simbol ketabahan menghadapi kesukaran hidup di pedalaman.
Walau bagaimanapun, kisah ini juga menyedarkan kita tentang realiti yang tidak dapat dielakkan; ramai orang tua lain hidup dalam keadaan yang serupa, malah lebih sukar. Inilah masanya untuk kita mendekati mereka yang memerlukan.
Melihat realiti pahit ini, kita sedar bahawa bukan mereka sahaja yang hidup dalam kesusahan. Inilah masanya untuk kita menghulurkan tangan menyantuni mereka. Setiap sumbangan, bermula dari RM10 akan menjadi cara untuk Nek Jaria dan ramai lagi warga emas untuk mendapatkan bantuan makanan yang amat diperlukan, seperti beras, minyak masak, telur, ikan/daging dalam tin, gula, teh dan roti.
Selain itu, kami juga menyediakan akses kepada pemeriksaan kesihatan yang diperlukan di klinik kesihatan tempatan. Nenek Jariah dan Nek Enah hanyalah sedikit contoh warga emas yang masih berjuang di masa tua. Marilah kita menghormati hari tua orang tua lainnya yang hidup dalam kemiskinan.
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Quran Surah Al-Baqarah 2:261)
Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan/Puan serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 17, 2024