ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jun 12, 2024

INFAQ ZULHIJJAH MAKANAN ASAS UNTUK GURU PENGAJIAN AL QURAN

RM115 / 3.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bulan haram Zulhijjah jangan lepas berbuat amalan shalih. Mari berkongsi makanan asas dan barang runcit untuk guru pengajian yang berdedikasi untuk syiar agama!


Masih di 10 hari awal bulan Zulhijjah, bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan dari Allah SWT. Asar Humanity dengan rendah hati menjemput anda untuk memanfaatkan hari-hari istimewa ini dengan melakukan perbuatan baik dan kebajikan.



Bayangkan sosok guru Al-Quran di Kampung Waipot, Ustaz Udin. Setiap hari, tanpa jemu, beliau mendidik anak-anak kampung mengenal Al-Quran di rumah sederhananya. Rumah Ustaz Udin dipenuhi dengan suara anak-anak kecil yang tekun mengaji Al-Quran. Manakala ia harus juga turun ke kebun untuk menanam tanaman bagi mencari rezeki untuk keluarganya. Walaupun jadualnya padat, namun semangat dan dedikasi Ustaz Udin dalam mendidik anak tidak pernah pudar.



Isteri Ustaz Udin juga bekerja sebagai penuai bunga cengkih dengan pendapatan hanya RM15 sehari. Pendapatan yang tidak seberapa ini tentunya tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas keluarga mereka.



Bulan Zulhijjah adalah bulan yang penuh keberkatan dan pahala amalan yang dilipatgandakan. Inilah peluang terbaik untuk kita semua melaksanakan sedekah dengan membantu meringankan keperluan harian Ustaz Udin sekeluarga.


Dengan sumbangan bermula RM10, Asar Humanity akan menghantar bungkusan makanan asas yang mengandungi beras, telur, minyak masak, gula, teh, tepung dan keperluan asas lain kepada keluarga Ustaz Udin. Sumbangan anda bukan sahaja dapat meringankan beban hidup Ustaz Udin, malah dapat memastikan anak-anak Kampung Waipot dapat meneruskan pengajian Al-Quran dengan selesa dan tanpa halangan.



Ustaz Udin hanyalah seorang daripada guru Al-Quran yang berdedikasi di kawasan terpencil. Bantuan anda akan menyalurkan semangat budi dan memastikan guru-guru Al-Quran lain yang turut memerlukan di pedalaman mendapat bantuan sewajarnya. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat atas setiap langkah kebaikan yang kita lakukan. Ayuh, sertai dan kongsi kebaikan bersama Asar Humanity.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 13, 2024

Kempen Sumbangan Tamat