ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Aug 08, 2024

INFAQ BANTU WUJUDKAN PEMBINAAN TELAGA WUDUK MUSALA AL HIJRAH

RM1,000 / 33.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

70 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bismillah kita pasti boleh bersama-sama mewujudkan telaga wuduk untuk Musala Al Hijrah. Kami masih kekurangan RM2,321. Jom bantu wujudkan segera!


Mimpi kita untuk menghadirkan kenyamanan beribadah bagi saudara-saudara di Dasan Gunung hampir terwujud. Namun, dahaga mereka akan tempat wudu yang layak masih belum boleh dibina. Bayangkan, anak-anak penghafal Al-Quran dan para jemaah harus berwuduk di sungai yang jauh dan penuh bahaya saat musim kemarau.




Memasuki musim kering, kolah tanah yang sebelum ini digunakan oleh anak-anak al-Quran dan jemaah di Musala Al Hijrah telah kering dan hanya menjadi lopak nyamuk. Ini memaksa mereka untuk berwuduk di sungai yang jauh dan berbahaya, situasi yang bukan sahaja tidak sesuai, tetapi, juga membahayakan keselamatan mereka.



Asar Humanity sekali lagi mengajak anda untuk mengambil peluang ini dengan menyumbang kepada pembinaan telaga wuduk di Musala Al Hijrah. Untuk mencapai sasaran keseluruhan kos sebanyak RM30,225, kita memerlukan bantuan anda. Dana ini akan digunakan untuk menggali telaga sedalam 50 hingga 60 meter, memasang paip, dan membina kemudahan wuduk dan sanitasi yang diperlukan.



Dengan sumbangan serendah RM10, anda boleh membantu kami mencapai matlamat ini. Sumbangan anda akan membawa kami lebih dekat untuk menyediakan kemudahan wuduk yang selamat dan bersih bagi anak-anak al-Quran dan jemaah di Musala Al Hijrah. Sumbangan anda bukan sahaja membantu memenuhi keperluan asas penduduk kampung, tetapi juga menjadi amal jariah yang bernilai di sisi Allah SWT.



Marilah kita bersama-sama, dengan izin Allah SWT, merealisasikan telaga wuduk ini. Sertai kami dalam usaha murni ini dan jadilah sebahagian daripada perubahan yang akan membawa manfaat besar kepada penduduk Kampung Dasan Gunung. Jangan lepaskan peluang untuk beramal jariah. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dan niat ikhlas kita dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2024

Kempen Sumbangan Tamat