ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 29, 2024

INFAQ BANTUAN KITAB DAN UTILITI PENGAJIAN BAGI PELAJAR MAAHAD

RM120 / 4.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom hantarkan bantuan utiliti pengajian kepada pelajar maahad yang bersemangat menjadi penerus syiar ilmu agama! Mari raih keutamaan amalan jariyah.


Di pelosok negara, terdapat institusi pendidikan yang bertungkus-lumus mendidik anak bangsa. Namun, pada hakikatnya, ramai pelajar di maahad hidup dalam keterbatasan dan tidak mampu memiliki peralatan pengajian yang mencukupi seperti kitab, buku, alat tulis dan lain-lain. Pengasas maahad dengan segala keterbatasannya hanya mampu menyediakan alat pengajian yang minima, maka peralatan tersebut sering digunakan secara bergantian sehingga cepat rosak.



Bayangkan betapa sukarnya proses pengajaran dan pengajian apabila terpaksa berkongsi buku dengan rakan-rakan, atau apabila alat tulis yang sepatutnya digunakan untuk merekod ilmu terpaksa saling bertukar. Asar Humanity menjemput anda semua untuk mencapai ganjaran anda dengan menderma untuk menyediakan peralatan pengajian untuk mereka yang memerlukan.



Sumbangan anda akan sangat bermakna untuk masa depan mereka. Bayangkan berapa banyak faedah yang mereka akan dapat, dan berapa banyak pahala yang akan mengalir kepada anda apabila mereka berkongsi ilmu agama yang mereka pelajari.



Dengan menderma, anda bukan sahaja menyediakan peralatan pengajian, InshaAllah, amalan ini akan menjadi simpanan kebaikan yang tidak putus-putus, yang akan terus mengalir selagi mereka terus belajar dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi.




Kami akan menyampaikan setiap sumbangan yang anda berikan terus kepada pelajar yang memerlukan. Kami berkomitmen untuk memastikan bantuan anda tepat pada sasaran dan memberikan faedah maksimum.




Ayuh bantu mereka mencapai masa depan yang lebih cerah dan membina generasi yang cerdas dan berakhlak mulia. Semoga setiap kebaikan yang kita berikan menjadi saksi di hadapan Allah SWT dan membawa keberkatan dalam hidup kita.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 12, 2024

NOR AZLIN NORDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 07, 2024

MUHAMMAD ZHARIF BIN JOHARI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 07, 2024

ROSMAWATI, ZAHARAH, ZAIDAR, NADHIRAH, YASIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2024

Kempen Sumbangan Tamat