Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM210 / 5.25 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
"Kami kini belajar di tahap Sekolah Menengah dan kami sudah mencari wang sendiri untuk yuran sekolah. Kadang-kadang kami tidak makan sepanjang hari, jika ada, kami hanya makan pisang rebus untuk sarapan pagi, begitu juga untuk makan tengahari dan makan malam. Tetapi demi pendidikan kami masih melaluinya." kata salah seorang pelajar di Maahad Mualaf Mentawai di Pulau Siberut, Sumatera Barat.
Pelajar di maahad ini hidup dengan segala keterbatasan, bermula dari segi makanan di mana mereka jarang makan nasi kerana harga beras yang mahal dan biasanya hanya boleh makan pisang rebus untuk sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam. Bukan itu sahaja, untuk tidur pun mereka terpaksa bergelut dengan kesejukan malam kerana tidur di atas tilam nipis sahaja. Namun hal ini tidak menggoyahkan semangat mereka dalam mempelajari ilmu am, agama mahupun menghafaz Al-Quran.
Selain itu, walaupun mereka berasal dari keluarga dhuafa, mereka tidak berputus asa dalam pelajaran dengan mencari wang untuk memenuhinya. Kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan menyebabkan mereka terus bertahan dan berusaha melakukan segala-galanya. Mereka juga telah mengamalkan sunnah Rasulullah SAW berikut:
"Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim, dan sesiapa yang memberi ilmu kepada orang yang tidak berguna adalah seperti meletakkan kalung dari permata, mutiara dan emas pada leher binatang." (Riwayat Ibnu Majah)
Sebaliknya, bukan pelajar di Maahad Mualaf Mentawai sahaja yang mengalami kesukaran tetapi masih ramai pelajar di maahad lain yang turut mengalami perkara yang sama dan memerlukan bantuan kita untuk bersama mereka agar mereka terus bersemangat dalam mempelajari atau menghafaz Al-Quran.
Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama membantu pelajar di maahad tahfiz yang masih kekurangan. Di mana sedekah daripada anda akan diagihkan dalam bentuk bantuan pendidikan berupa pembelian keperluan sekolah, makanan, tilam untuk tidur di maahad dan sebagainya kepada maahad tahfiz di Indonesia yang memerlukan. Semoga kebaikan anda dicatat sebagai sedekah yang tidak terputus pahalanya kerana telah membantu perjuangan para penuntut ilmu. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 13, 2022
Z A S
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 12, 2022